Bukan saja bersikap rasis terhadap pelanggannya yang berlainan bangsa, namun seorang cef muda turut membuat pengakuan dia pernah meludah makanan yang disediakannya di sebuah hotel di Malaysia sebelum ini.

Bagaiamanapun, perbuatan tidak bermoral cef tersebut berjaya dikesan oleh netizen selepas dia memuat naik beberapa status yang mendedahkan dirinya sendiri itu di laman Twitter.

says4
FOTO: Twitter (SAYS)
says1
FOTO: Twitter (SAYS)

Menurut laporan portal SAYS, cef tersebut juga dikatakan membuat beberapa kiriman berunsur perkauman yang berkait dengan masyarakat Cina di negara kita.

Cef tersebut juga dikatakan bekerja sebagai  commis chef di restoran Hugo’s In The Sky yang berada di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands.

says2
FOTO: Twitter (SAYS)
says3
FOTO: Twitter (SAYS)

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu menghamburkan kata-kata perkauman dan mendedahkan perbuatan terkutuknya itu sendiri di Twitter mengundang padah apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan pihak pengurusan hotel.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Grand Ion Delemen Hotel di Facebook mereka, pekerja tersebut sudah pun dibuang kerja kerana perbuatannya itu.

Bukan saja dibuang kerja, namun kesalahan cef tersebut juga turut direkodkan bagi memudahkan bakal majikan cef itu maklum mengenai perangainya sebelum ini ketika bekerja bersama mereka.

Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah hukuman yang telah diberikan mencukupi dengan kesalahan yang dilakukan cef tersebut termasuk meludah makanan pelanggan.

Sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah rasanya memakan ulat sagu yang sinonim dengan masyarakat tradisional di Sabah? Apa kata anda baca perkongsian kami mengenai pizza ulat sagu ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Rasai Keunikan Rasa Pizza Dan Sushi Ulat Sagu Di Restoran D’Place Kinabalu

7-Eleven Jepun ‘Kantoi’ Guna Telur Palsu Dalam Juadah Makanan Segera?

Anak Bruce Lee Tuntut RM94 Juta Daripada Kedai Makanan Yang Gunakan Gambar Ayahnya

 

Sumber