• Baru-baru ini, penyanyi popular Indonesia, Afgan menjadi bualan ramai apabila dia memeluk seorang wanita berhijab semasa Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenary KLCC pada 17 Disember lalu.

Dalam pada itu, PU Syed membahas isu ini di Instagram miliknya dengan mengatakan berasa malu dan kesal dengan perbuatan Afgan memeluk peminat wanita terutama sekali yang memakai hijab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bahkan, perbuatan tersebut mendapat sorakan hebat daripada para penonton yang kelihatan teruja dan seolah-olah ia sudah menjadi kebiasaan berpelukan tanpa batas.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak bimbang akibat dan kesan kepada umat Islam sekiranya konsert hiburan seperti ini masih diteruskan kelak.

Bagaimanapun, PU Syed juga menasihat agar penganjur lebih berhati-hati dalam menjaga pergaulan atau batas antara lelaki dan wanita pada konsert yang akan datang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat sedih dan mengatakan dunia semakin hampir hancur kiamat, semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT.


Terdahulu, perbuatan Afgan berkenaan tular di media sosial yang menunjukkan dia memegang tangan wanita sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuk peminatnya. Malah, peminat wanita tersebut sempat memeluknya sebelum mengambil gambar bersama.