Walaupun ada mendakwa manusia dapat berdamping dengan haiwan liar jika menjaga dan membesarkannya dalam satu jangka masa lama. Bagaimanapun, haiwan itu masih mempunyai ‘naluri liar’ seperti hidup di dalam habitat asalnya.

Baru-baru ini seorang penjaga zoo di Zoo St Elizabeth Jamaica kehilangan jari manis kanannya selepas memasukkan tangan ke dalam sangkar untuk membelai seekor singa, lalu jarinya digigit oleh haiwan liar terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beberapa pengunjung pada waktu itu dilihat merakam saat penjaga zoo tersebut menjerit dengan kuat bergelut selama beberapa saat cuba melepaskan gigitan singa itu.

Menurut Tuko.co.ke, seramai 15 orang saksi berada di tempat kejadian menyaksikan insiden itu berlaku. Penjaga zoo itu segera berjalan ke kenderaan sebelum meninggalkan zoo untuk mendapatkan rawatan awal dan dilaporkan jari manisnya tidak dapat diselamatkan.

“Apabila ia berlaku, saya fikir ia adalah gurauan. Saya tidak fikir ia serius. Saya tidak menyedari keseriusannya, kerana tugas mereka untuk membuat persembahan.

“Namun jelas sekali, apabila dia jatuh ke tanah semua orang menyedari bahawa ia adalah serius. Semua orang mula panik.

“Seluruhan kulit dan urat sendi jarinya telah hilang. Saya melarikan diri kerana saya tidak suka melihat darah dan ia terlalu ngeri untuk saya,” kata salah seorang pengunjung.

Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Jamaica, Pamela Lawson berkata dia akan meneliti kejadian itu. Beliau akan berkomunikasi dengan Agensi Alam Sekitar dan Perancangan Kebangsaan yang mempunyai pengawasan terhadap Zoo Jamaica.

Sebelum ini tular dakwaan Putin menggunakan singa untuk menghalang rakyatnya keluar semasa arahan lockdown dikuatkuasakan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Benarkah Vladimir Putin Guna Singa Bantu ‘Lockdown’ COVID-19 Di Rusia?

WWF-Malaysia Tampil ‘Pertahankan’ Harimau, Dakwa Pembalakan Haram Tidak Lindungi Haiwan

Cemas Dikejar Gajah Semasa Lalu Jalan Gerik-Jeli, Netizen Kongsi Pengalaman Cara Untuk Hadapinya

Sumber