Seorang wanita kini sedang berjuang untuk hidup setelah mengalami luka kebakaran di seluruh tubuhnya ketika berusaha untuk menyelamatkan tunangnya daripada terbakar.

Raybe Oh Siew Huey, 26, bekas pramugari Singapore Airlines dan wanita kelahiran Malaysia, menjadi saksi yang melihat tunangnya dan empat rakan mereka terperangkap dalam sebuah kereta yang terbakar pada hari Sabtu yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Demi cinta, Oh bergegas ke hadapan untuk menyelamatkan tunangnya dan empat rakannya yang lain. Disebabkan tindakannya, Oh mengalami luka bakar yang teruk di seluruh badannya.

Tunangnya, Jonathan Long, 29, pada awalnya memandu BMW yang kemudiannya merempuh rumah kedai Tanjong Pagar pada pagi Sabtu atau sehari sebelum Hari Valentine.

Salah seorang saksi mengatakan kereta itu terbakar dalam beberapa saat selepas kemalangan.

Akira Chan, 21, rakan pasangan itu, memberitahu Straits Times bahawa Oh tidak berada di dalam kereta pada masa itu, tetapi berada di tempat kejadian semasa kemalangan itu terjadi.

“Dia cuba membuka pintu dan cedera dalam proses itu,” katanya. “Dia berusaha menyelamatkan tunangnya.”

Bagaimanapun, usaha Oh tidak berhasil. Long meninggal di tempat kejadian bersama dengan empat lelaki lain yang bersamanya di dalam kereta.

Oh sedar ketika dia dibawa ke Hospital Umum Singapura (SGH) sejurus selepas kemalangan. Jurucakap SGH berkata wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Dilamar penuh romantik, waris syarikat Naza dan Berjaya bertunang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dilamar Penuh Romantik, Waris Syarikat Naza Dan Berjaya Bertunang

Lelaki Beli Cincin Tunang Berharga RM11,000 Dikutuk Oleh Bakal Ibu Mertua, Diejek Terlalu Murah

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’