Setiap orang memiliki impian dan ‘goals’ dalam hidup untuk direalisasikan. Walaupun bukan mudah tetapi tidak salah untuk memasang angan-angan, mana tahu jadi kenyataan.

Bertemakan pemandangan bunga sakura Jepun yang indah, Starbucks perkenalkan 2 minuman baru yang berasaskan strawberi. Bagi peminat strawberi, jangan terlepas peluang untuk mencuba minuman baharu ini iaitu Strawberry Dream Pure Matcha Latte dan  Strawberry Dream Creme Frappuccino.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seleksi minuman ini pastinya akan membuatkan anda teruja kerana tampil dengan keunikannya sendiri. Oleh itu, kami telah mencubanya dan bagi kami, Strawberry Dream Pure Matcha Latte miliki rasa yang agak manis tapi tetap memberikan elemen kejutan apabila merasai gabungan matcha bersama latte.

Bagi Strawberry Dream Creme Frappuccino pula, rasa manis strawberi itu dapat dirasai dan pada ‘topping’ diletakkan ‘colorful sprinkles’ yang memberikan anda rasa seronok.

Sempena dengan pelancaran dua minuman baru ini, Starbucks juga anjurkan The Dream Beyond Mini Tour dimana di mana pelanggan boleh datang boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti (dari 10 pagi – 8 malam setiap hari), termasuk Cabaran TikTok (di mana 3 pemenang bertuah akan memenangi barangan Starbucks bernilai sehingga RM500).

Berikut adalah cawangan Starbucks yang akan terlibat untuk The Dream Beyond Mini Tour:

1. Starbucks Reserve Tropicana Gardens Mall, from 11th – 13th March
2. Starbucks Tanjong Tokong Drive-Thru store (Penang), from 18th – 20th March
3. Starbucks Setia Tropika Drive-Thru (Johor), 25th – 27th March
4. Starbucks Reserve Shoppes at Four Seasons Place (KL), from 1st – 3rd April

Untuk pengetahuan anda, peminat Starbucks yang melawat lokasi yang disebutkan di atas semasa tarikh lawatan boleh membeli item terpilih dengan diskaun sehingga 40%. Malah, anda juga boleh mengambil gambar di dinding galeri ‘Dream Beyond’ dan mengukir nama pada botol Starbucks anda apabila anda membeli sebarang barangan semasa Starbucks Dream Beyond Mini-Tour.

Perkhidmatan ukiran dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk pelanggan yang membayar menggunakan Kad Starbucks atau aplikasi mudah alih dan RM10 bagi mereka yang membuat pembelian dengan sebarang pembayaran lain. Jelajah Mini Dream Beyond juga akan menjual Starbucks Signature Gift Box pada harga RM15 dengan sebarang pembelian barangan. Tunggu apa lagi?

Tahukah anda mengapa barista Starbucks sering tersilap eja nama pada cawan pelanggan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mengapa Barista Starbucks Kerap ‘Tersalah’ Eja Nama Pada Cawan Pelanggan

Premium Dan Eksklusif, Starbucks Reserve Terbesar Malaysia Dibuka Secara Rasmi Di Damansara

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia