Minggu lalu adidas Malaysia secara rasmi telah membuka butik terbaharu Brand Center mereka bertempat di Pavilion Kuala Lumpur selepas Brand Center pertamanya di Sunway Pyramid.

Lokasi ini bakal menjadi hab jenama berkenaan yang menawarkan kepelbagaian produk, dilengkapi dengan inovasi digital dan on-the-spot customisation sekaligus meningkatkan pengalaman beli-belah pengunjung. Di samping itu, adidas Brand Center juga turut melancarkan pusat customisation adidas yang pertama di Asia Tenggara – MakerLab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CIFxE4dp3X3/

MakerLab bakal memberi ruang kepada pembeli untuk berkarya pada pakaian baharu yang dibeli. Selain patch kreatif berinspirasikan tempatan, terdapat juga pilihan rangkaian luas reka bentuk patch serta pin klasik dan ikonik adidas yang tersedia untuk dipilih dan disesuaikan pada pakaian melalui kaedah pencetakan Direct-To-Garment dan Heat Press.

Bagi menambah sentuhan tempatan pada konsep kedai, elemen hiasan anyaman tradisional Malaysia, rotan juga dapat dilihat di bahagian dalam ruang MakerLab. Hiasan seni rotan ini membawa maksud tersendiri pada jenama adidas: global pada skala, namun bersifat tempatan.

adidas 3 ori
ruangan untuk pencinta adidas originals
adidas 3 runnig
Paparan model terkini adidas dengan teknologi BOOST
adidas 4 football
Bahagian khas untuk adidas Football

Dengan keluasan 14,000 kaki persegi, adidas Brand Center Pavilion KL ini dibahagikan kepada 9 kategori berbeza untuk apa sahaja gaya anda; dari siri adidas Originals, adidas Running sehinggalah adidas Football. Semuanya lengkap di bawah satu bumbung.

Selain itu, pengguna juga dapat meneroka rangkaian produk mampan yang terdiri daripada Parley Ocean Plastic®, yang dihasilkan dari sampah plastik laut dikitar semula bagi menggantikan penggunaan plastik baharu pada semua pakaian sukan berprestasi tinggi adidas. adidas Brand Center baru ini mengukuhkan komitmen adidas untuk menghilangkan penggunaan polyester dara dalam semua produk adidas mulai tahun 2024 dan akan datang.

adidas 2 ori
The Collection – Pameran model edisi terhad atau vintaj keluaran adidas

Selain itu, terdapat satu ruang di sini yang dinamakan “The Collection” – Konsep kedai dalam kedai adidas Originals yang diilhamkan daripada arkib adidas. Penyusunan unik menggunakan kotak dan bekas kaca, paparan ini memaparkan rangkaian model adidas yang ikonik, dan akan ditukar secara berkala untuk mempamerkan lebih banyak produk arkib dari masa lalu.

Menggabungkan inovasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung, mereka yang berjalan di sepanjang Pavilion KL ‘Connection Area’ di aras 3 boleh mengimbas kod QR bagi mengaktifkan perjalanan Augmented Reality bagi meraikan pembukaan adidas Brand Center.

Sebagai pengenalan kepada pelancaran MakerLab di adidas Brand Center Pavilion KL, pengunjung yang merasai pengalaman Augmented Reality mulai 3 Disember berpeluang untuk mendapatkan beg adidas terhad yang diperibadikan dengan nama dan rangkaian aksesori dalam talian, sementara stok masih ada.

Anda kena lihat sendiri keunikan adidas Brand Center yang terletak di Aras 5 Pavilion KL dan barulah anda tahu betapa hebatnya butik terbaharu daripada adidas ini. Selamat berkarya!

Ini pula artikel lain berkaitan jenama 3 Garis ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

adidas Malaysia Mula Jual Sandal Adilette BOOST Yang Dijamin Selesa

Vocket Review: [GIVEAWAY] Adidas Yeezy Slide Selesa Atau Hanya Gaya?

Prada Dan adidas Bentangkan Hasil Pertama Koleksi Edisi Terhad