Indahnya alam perkahwinan jika dapat bersama melengkapi kekurangan dan menuju ke arah kebaikan. Kita boleh ambil contoh Noh Hujan dan Mizz Nina yang sama-sama memperbaiki diri mereka ke arah redha Ilahi.

Terbaharu seorang pengguna Twitter @ninietang143 telah berkongsi mengenai perkenalannya dengan suami di sebuah kelab malam yang akhirnya berubah menjadi penghijrahan ke kelas pengajian al Quran tular dan mendapat reaksi positif pengguna Twitter yang lain.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

Dalam perkongsian tersebut, Ninie turut menceritakan setelah berkahwin mereka ada mengunjungi kelab malam tersebut sebanyak dua kali, tetapi mula sedar untuk berubah dan tidak terus hanyut. Mereka melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu.

Setelah berkahwin, Ninie kemudian meminta suaminya mencari kelas bacaan al Quran dan turut mengajak suaminya untuk bersama-sama mengikuti kelas tersebut yang bertempat di Al-Baghdadi, Puchong pada setiap minggu.

Rata-rata pengguna Twitter turut memberi komen positif dan berkongsi rasa gembira atas penghijrahan tersebut. Antara komen yang diberikan pengguna Twitter adalah berharap penghijrahan mereka akan berterusan dan hubungan mereka akan berkekalan.

Kisah Ninie dan pasangannya pasti memberikan inspirasi buat anda. Ini menunjukkan manusia boleh berubah jika ada kemahuan.

Anda memiliki kisah yang seakan sama? Bolehlah kongsikan bersama kami. Baca lagi artikel yang mungkin dapat memberikan inspirasi buat anda di bawah.

14 Tahun Menetap Di Negara Luar, Pasangan Ini Tubuhkan Akademi Quran NZ

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2

Hampir Ranap Pintu Butik, Uniqlo Malaysia Kecoh Lagi Kerana KAWS

Anda Mungkin Suka