Bagi orang ramai, kehadiran wabak COVID-19 sememangnya sebuah musibah. Bukan sahaja kesihatan orang ramai yang terancam, malah wabak ini turut memberi kesan besar kepada ekonomi serta membuatkkan orang ramai kehilangan kerja.

Di sebalik musibah yang melanda, siapa sangka tahun yang penuh dengan cabaran ini menjadi saksi kepada dua frontliner yang bertemu jodoh di pusat kuarantin sewaktu membantu pesakit COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
142635872_3670167296406661_4329598577984420741_o
Sumber: facebook taufiq noor

Apa yang lebih menarik perhatian ramai, pasangan ini berjaya tampilkan keunikan sewaktu photoshoot perkahwinan mereka dengan memakai sut PPE. Berikut merupakan perkongsian daripada Taufiq Noor di Facebook selaku jurugambar yang sekaligus membuatkan para netizen teruja buat pasangan pengantin baru ini.

Menurut perkongsian Taufiq Noor, pasangan pengantin ini memilih untuk memakai sut PPE sempena photoshoot perkahwinan mereka sempena memperingati kenangan mereka bertemu jodoh di pusat kuarantin.

Lebih membuatkan beliau teruja, pasangan ini sanggup menyarungkan sut PPE sempena photoshoot meskipun jam menunjukkan jam 12 tengah hari sewaktu hari sedang panas terik.

143204536_3670167003073357_1737258122609986918_o
Sumber: facebook taufiq noor
143901908_3670167749739949_8743103761303348353_o
Sumber: facebook taufiq noor
142384420_3670168029739921_6921449859955866012_o
Sumber: facebook taufiq noor
142096068_3670168656406525_6538990350153536345_o
Sumber: facebook taufiq noor

Keunikan pasangan pengantin ini menggayakan sut PPE sewaktu photoshoot nampaknya telah menarik perhatian netizen selepas perkongsian jurugambar ini tular di media sosial. Berikut antara komen netizen mengenai pasangan frontliner ini.

Screen Shot 2021-02-02 at 11.05.45 AM
Sumber: facebook taufiq noor
Screen Shot 2021-02-02 at 11.05.35 AM
Sumber: facebook taufiq noor

Setakat artikel ditulis, perkongsian jurugambar ini berjaya meraih lebih 195 share dan 80 komen. Diharap semoga pasangan pengantin ini berkekalan dan dicucuri rahmat. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin dan jurugambar kerana berjaya hasilkan photoshoot yang unik ini.

Lihat kreativiti jurugambar ini yang berjaya hasilkan gambar yang menarik perhatian ramai selepas kereta pasangan pengantin ini rosak di tepi jalan.

Pasangan Pengantin Hasilkan ‘Photoshoot’ Kreatif Ini Selepas Kereta Rosak Di Tepi Jalan

Cuma Perlu Waktu Yang Singkat, Jurugambar Ini Kongsi Gambar ‘Memorable’ Pengantin #NikahPKP

Sumber