Nota Editor : Dikenali sebagai Fatt, gadis ini merupakan antara insan yang gemar travel secara  solo dan berkenalan dengan berbagai ragam manusia di sepanjang pengembaraan beliau.

Terkini Fatt telah melakukan travel solo selama 2 bulan ni Eropah dan kisah berikut merupakan antara cebisan pengalaman yang telah beliau lalui. Fatt juga gemar berkongsi pengalaman beliau di fb page Backpacker Busuk dan di blog peribadi beliau. Kami kongsikan semula kisah ini dengan izin daripada penulis asal. Harapan kami agar kisah ini turut membawa kebaikan buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jom ikuti perkongsian menarik Fatt sewaktu di persinggahan sementara beliau di Zurich.

interlaken-switzerland-2

Aku percaya dalam hidup ini setiap orang yang hadir dalam hidup kita sebenarnya telah ditakdirkan. Tak kisahlah sama ada sekejap atau panjang, pahit atau manis tempoh perkenalan tersebut.

Macam baru-baru ini aku berkenalan dengan Tomasz iaitu host pertama aku di Zürich. Aku rasa pertemuan kami kalau dilihat dari sudut dia mungkin untuk menjawab serba sedikit persoalan tentang Islam dan bagi aku untuk lebih mengenali Allah.

zurich

Itik gembo-gembo di Zurich

Tomasz adalah seorang yang unik kalau nak tahu. IQ dia memang tinggi, seorang yang bijak, good observer dan kuat berfikir. Barangkali nature pekerjaan dia yang membuatkan dia menjadi seorang pemikir. Mengenali Tomasz, dia adalah seorang yang suka berborak topik berisi, maka bersedialah untuk upload segala knowledge yang ada dan bercakap dengan fakta.

Dilahirkan sebagai Kristian Katholik tapi sejak tahun lepas dia de-register selepas rasa apa yang dicari tak jumpa. Sejak itu dia buat research tentang semua agama termasuklah Islam, Buddha dan Hindu.

lucerne railway station

Satu sikap Tomsaz yang aku nampak ialah dia suka mengkaji. Jadi bukan saja Quran malah dia juga mengkaji Hadis. Kalau nak tahu Quran pun dia dah khatam terjemahannya. Kita? Mungkin setakat membaca tapi tak tahu maksud. Berapa ramai di sini tahu maksud dalam surah Ad-Duha? (Masukkan bunyi cengkerik)

Sebab, aku adalah salah seorang yang terus Google tafsir surah Ad-Duha selepas ditanya samada aku tau maksud surah tersebut. Kenapa surah Ad-Duha? Carilah maksudnya. Aku admit maksud surah tu sangat indah. Katanya lagi surah itu adalah kegemaran dia dan jadi wake-up alarm setiap pagi.

He further proceed, “What is your favourite surah?” (Masuk bunyi cengkerik lagi)

Tiba-tiba aku terus capai naskah himpunan surah yang mak aku bagi untuk bekalan trip ni. Aku selak-selak dan terus jawab, “Yasin?!” Jawapan paling selamat.

(Insert palm face)

interlaken-switzerland

Restoran dekat Tasik Interlaken, Switzerland

Aku, aku bukanlah seorang yang bijak untuk memperkatakan tentang agama tapi aku sangat malu bila tak boleh explain kenapa aku suka baca sesuatu surah, terutama surah yang kerap dibaca dalam solat. So kat sini aku rasa tercabar dengan Tomasz. Malu.

Dan gambar di bawah adalah naskah tafsir Quran dalam Bahasa Jerman yg diambil dari seorang missonary di tepi jalan di bandar Zürich sewaktu kami pergi outing. Sebenarnya di luar negara memang ramai missionary yang mewakili agama Islam dan Kristian yang mengedarkan risalah tentang agama masing-masing. It’s a common sight. Nothing harmless. Aku suka keterbukaan mereka di sini berbincang tentang agama dan tiada siapa yang berbunuhan walaupun keduanya berdiri berhampiran.

tafsir-quran-bahasa-jerman

Akhir sekali, aku pernah tanya pada Tomasz adakah dia sudah tahu agama apa yang dia suka dan yakin adalah benar? Reaksi dia hanya senyum dan kata suatu hari nanti dia akan bagitau.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram