Awal bulan lalu kami sangat bertuah kerana berpeluang meluangkan masa bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun sesi kami cuma sejam bersama Tun, tetapi detik ini sangat bermakna kepada kami.

Kami sempat bertanya beberapa soalan dan pandangan Tun M dalam beberapa isu semasa dalam sesi ini. Memang banyak soalan bermain di minda cuma ini yang sempat disuarakan.

original
HYPE
Kenapa Filem ‘Scary Stories To Tell In The Dark’ Anda Patut Tonton?
Baca lagi →

1. Assalamualaikum Tun. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama The Vocket. Soalan pertama dari kami adalah berkenaan Wawasan 2020. Dapatkan ia dicapai tepat pada masa yang dirancangkan?

Saya tidak begitu yakin kita akan realisasikan wawasan 2020 kerana usaha ke arah itu tidak mencukupi. Kita masih tertumpu menjadikan Malaysia negara pendapatan yang tinggi. Perkara-perkara lain yang akan menjadikan kita sebuah negara maju tidak diusahakan dan justeru itu, tampak sukar untuk Wawasan 2020 ini menjadi kenyataan.

wawasan-2020

2. Kita tahu cabaran hidup semakin besar dari hari ke hari. Sebagai anak muda, apa skil dan minat yang perlu ada dalam diri anak muda untuk menghadapi cabaran-cabaran ini?

Pertama, mereka perlu berminat untuk memajukan diri mereka sendiri terlebih dahulu dan kemudiannya berfikir bagaimana mereka dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mereka tidak sepatutnya membuang masa dengan kegiatan yang tidak bermanfaat dan anak muda perlu sambung belajar. Contohnya di universiti kini jumlah pelajar lelaki amat berkurangan berbanding wanita. Di sini kita boleh nampak golongan lelaki tidak begitu komited untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara Malaysia.

3. Seperti yang kita sedia maklum, kita mendapat 4 pingat perak dan 1 gangsa di sukan Olimpik Rio. Ianya merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini. Adakah perlu anak muda ketika ini memberatkan atau memberi lebih tumpuan kepada aktiviti sukan?

Ya, kita juga perlu beri tumpuan kepada bidang sukan. Tetapi mestilah secara bersungguh-sungguh. Macam pemain badminton dan pelumba sukan basikal (Azizulhasni dan Fatehah) sebagai contoh. Saya percaya jika kita bersungguh-sungguh, dalam apa-apa sukan pun kita akan berjaya.

Tun M bersama MatRodi

Tun M bersama Mat Rodi

4. Pada tahun 1960an, Korea Selatan adalah antara negara dengan ekonomi paling miskin di dunia. Kini Korea Selatan semakin maju dan telah pun mengatasi Malaysia. Pada pendapat Tun, apa yang boleh kita pelajari dari negara Korea Selatan?

Korea selatan dahulunya dijajah oleh negara Jepun . Mereka ingin tunjuk kepada Jepun dan dunia bahawa mereka tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan bangsa Jepun atau bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu mereka memfokuskan pembangunan dalam bidang ilmu dan teknologi supaya mereka dapat bersaing dengan negara lain termasuk negara-negara Eropah. Ini adalah hasil dari dedikasi mereka dalam memajukan diri dan negara mereka.

5. Kita dapat lihat lebih ramai anak muda yang menceburi bidang perniagaan. Apa pendapat Tun tentang trend perniagaan ini?

Trend meniaga ini baik cuma mereka tidak bersungguh untuk belajar ilmu pengurusan perniagaan. Mereka lebih menumpu kepada perniagaan yang bersifat sementara. Perniagaan mereka tidak kekal kerana mereka tidak mendapatkan premis yang boleh berniaga sepanjang masa (kekal) dan lebih gemar untuk berniaga di stall atau gerai di tempat berlangsungnya sesuatu acara. Tetapi yang paling penting mereka perlu mempunyai nilai dan etika hidup yang mulia iaitu tidak menyalahgunakan wang perniagaan untuk dibelanjakannya ke saluran yang lain.

vocket-cover-2

6. Bidang ilmu apa rakyat Malaysia perlu lebih beratkan ketika ini?

Bidang teknologi. Pertumbuhan negara-negara maju sekarang ini berasaskan pada teknologi, terutamanya teknologi pembuatan. Kita tidak boleh terus jadi pengguna alatan sahaja tetapi menjadi pencipta dan pembuat alatan. Teknologi pembuatan ini tidak berapa digemari anak muda negara. Jujur mereka lebih suka tinggal di bilik hawa dingin tanpa mengotorkan tangan mereka sama sekali.

7. Pada pandangan Tun, adakah teknologi di negara kita kini di peringkat global?

Belum, kita masih jauh ke belakang kerana kita terpaksa membeli barangan dari luar negeri. Tak banyak keluaran kita dari industri pembuatan. Kita juga tak berapa tahu mengurus kilang-kilang pembuatan. Ini yang menyebabkan kita ketinggalan berbanding negara lain.

new-size-01_1

8. Kita dapat lihat Tun sangat sihat sehingga ke usia ini. Boleh Tun kongsi tips pemakanan dan senaman yang Tun amalkan?

Pertama jangan hisap rokok, keduanya jangan minum arak dan ketiga adalah makan sederhana. Jangan makan lebih dari keperluan kerana makan berlebihan akan memudaratkan badan kita. Untuk senaman, kadang-kadang saya naik treadmill dan naik kuda. Buat masa ini, saya mempunyai 40 ekor kuda. Kebanyakkannya di Langkawi kerana saya ada ladang ternakan kuda di sana.

tun

Jutaan penghargaan ditujukan kepada MatRodi yang mengaturkan pertemuan kami bersama Tun Mahathir. Pertemuan ini adalah bersempena buku terbaru Tun Mahathir ‘Apa Habaq Orang Muda? ’ keluaran NuBook Press.

Buku ini mengandungi himpunan pesanan, pengajaran, dan peringatan tentang demokrasi, tentang perpaduan, tentang pendidikan, tentang budaya, tentang perjuangan dan tentang sistem nilai. Anda boleh beli buku ini di sini secara atas talian atau ke toko DuBook Press di Bandar Baru Bangi.

Soalan yang ditanya oleh team Vocket hanya soalan-soalan yang santai sahaja. Jika anda mahu tonton sesi temubual yang lebih mendalam antara Mat Rodi dan Tun M, jangan lupa untuk hadir ke VocketTalk. Isu-isu yang dikupas oleh Mat Rodi dan Tun M nanti lebih heavy dan padat. Jangan lupa untuk mendaftar di VocketTalk dan dapatkan buku Tun Mahathir ini ya?

Dan yang lagi best, Tun M sporting habis buat time freeze dengan kami. Terima kasih kepada Kaio Studio atas kesudian menjadi team video untuk sesi ini.

Saksikan video Time Freeze ini dibawah:

Bila The Vocket x MatRodi x Kaio Studio ajak Tun Dr Mahathir Mohamad join time freeze

Posted by The Vocket on 28hb Ogos 2016

Anda Mungkin Suka