Selepas 2 tahun, festival Bon Odori akan dianjurkan di Shah Alam pada 16 Julai dan Pulau Pinang pada 30 Julai 2022. Pastinya, festival ini ditunggu-tunggu oleh ramai orang untuk menyaksikan sendiri kemeriahan festival tersebut.

Menurut laporan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival Bon Odori itu mempunyai unsur-unsur keagamaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak menyertai program bertentangan dengan hukum syarak Islam termasuklah festival Bon Odori ini. Tambahnya, kekeliruan tidak perlu wujud walaupun risalah Festival Bon Odori menggunakan wanita bertudung.

Untuk pengetahuan anda, festival Bon Odori menampilkan persembahan tarian dengan dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Pawang Dakwa Dapat Lihat Dan Lukis Individu Sihir Ustaz Kazim Undang Perdebatan Netizen

Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL

Letak Kereta Tepi Jalan Hingga Ganggu Laluan, Toyota Alphard Alami Kerosakan Teruk Disagat Bas