Suhaimi Saad, bekas anggota kumpulan InTeam berdepan sakit mata kronik sejak setahun lalu. Disebabkan sakit yang dialaminya, penglihatan Suhaimi dan pergerakannya terbatas.

Terbaharu, Suhaimi memuat naik sekeping gambar dirinya bertongkat serta kapsyen berunsurkan nasihat di Instagram. Menrutnya, Suhaimi bertongkat bukan kerana sakit yang dialaminya tetapi sudah lama pasang niat untuk bertongkat pada umur 40 tahun sebagai peringatan kepada kematian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CHT5G-rhWxa/

Tambahnya lagi, bertongkat itu merupakan sunnah para nabi dan disebabkan itu dirinya mahu mengikutinya. Sebelum ini, Suhaimi pernah merujuk ustaz dan rawatan Islam berhubung penyakitnya dan tidak menolak kemungkinan terkena gangguan sihir atau buatan orang.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Diharap Suhaimi diberikan kesembuhan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki