Walaupun tidak lagi tampil bertudung seperti di bulan puasa sebelum ini namun penyanyi Zizi Kirana menjelaskan dia sentiasa berusaha untuk mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik dan ditemukan dengan jodoh yang baik.

Perkara itu diluahkan beliau selepas menerima respon negatif daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya untuk tidak kembali bertudung selepas berakhirnya Ramadan yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya sama seperti orang lain sentiasa berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik.

“Terima kasih kepada netizen yang menegur, saya tetap menyayangi mereka kerana sentiasa mengingatkan kita hal-hal yang baik walaupun ada kalanya komen itu agak menyakitkan hati.

Mengakui dirinya masih belum bersedia untuk bertudung sepenuhnya, Zizi bagaimanapun bersyukur masih ada netizen yang sentiasa menegur dirinya dan pada masa sama meminta agar peminat berdoa supaya dia bertemu dengan lelaki yang dapat membimbingnya.

Malah dia juga menjelaskan tidak mempunyai sebarang masalah jika jodohnya adalah seorang ustaz andai perkara itu adalah yang terbaik buat dirinya.

“Dalam masa sama doakan saya juga cepat-cepat bertemu lelaki yang dapat membimbing, sejujurnya kalau tertulis jodoh dengan ustaz pun okay!

“Tak salahkan kita berdoa benda baik?” katanya kepada portal Mstar.

Sepanjang Ramadan sebelum ini, Zizi tampil dengan imej bertudung bagi menghormati bulan mulia itu. Malah ini bukanlah kali pertama beliau melakukan perkara tersebut selepas turut tampil dengan imej sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan beliau untuk kembali dengan imej tidak bertudung selepas berakhrinya bulan puasa yang lalu menimbulkan kritikan dalam kalangan netizen.

Tahukah anda studio Les Copaque yang menghasilkan siri animasi Upin&Ipin menjadi channel YouTube pertama di Malaysia meraih 10 juta subscribers? Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Les’ Copaque Muncul ‘Channel’ YouTube Pertama Malaysia Raih Diamond Play Button

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian

Rugi Besar Kerana PKP Berterusan, Rahmat Mega Tutup Medan Selera ‘The Stage’

Sumber