Pada minggu lalu, dua video yang dirakam orang awam menunjukan beberapa buah Perodua Myvi dengan livery polis telah menarik perhatian warganet. Namun, tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ‘Myvi Polis’ itu, samada daripada PDRM atau Perodua sendiri.

Memetik portal Paultan.org, satu syarikat yang membekalkan komponen dan aksesori untuk kenderaan 4X4 di Banting Selangor — SM Offroad dan Outdoor Equipment (SMOE) — telah berkongsi gambar beberapa gambar lima buah ‘Myvi Polis’ berada di tempat mereka untuk memasang bar lampu strob dan sistem siren untuk kesemua kereta berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan kesemua ‘Myvi Polis’ tersebut merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara PDRM dan Perodua. Kereta hatchback  itu akan digunakan untuk tugas rondaan ringan bagi polis daerah terpilih.

Menurut portal automotif itu lagi, ada di antara ‘Myvi Polis’ itu mempunyai pelekat nama daerah seperti ‘Ulu Yam Bharu’ dan ‘Serendah’, di mana kedua-dua lokasi berkenaan adalah daerah berdekatan kilang dan ibu pejabat Perodua yang terletak di Rawang, Selangor.

Anda boleh lihat gambar-gambar close up ‘Myvi Polis’ itu di bawah. Sekiranya ada yang terjumpanya di mana-mana, bolehlah tangkap gambar & kongsikan kepada kami untuk featured di VOCKET CAR CLUB.

Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada minggu lalu orang ramai berasa teruja selepas melihat ‘Myvi Polis’ berada di atas lori treler di beberapa lokasi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mula Kelihatan Di Atas Lori Treler, Polis Bakal Guna Myvi Sebagai Kereta Peronda?

PDRM Bakal Uji BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?

Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji