Tular sebuah video memaparkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Mencuri tumpuan ramai apabila Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Untuk pengetahuan anda, beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Malah, beliau turut menyelitkan ayat al-Quran yang bermaksud ‘berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia’ sebagai pemula bicara. Kini, video ucapan beliau yang berdurasi kira-kira empat minit itu tular di media sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook.

Mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen memuji beliau kerana memartabatkan bahasa Melayu dipersada dunia. Malah, ada juga netizen berbangga kerana beliau menggunakan bahasa Melayu dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mahukan lebih banyak pemimpin negara menggunakan bahasa Melayu di pentas antarabangsa jika berkesempatan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Tahukah anda bahawa duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia pernah menjadi perhatian apabila petah berbahasa Melayu? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Petah Berbahasa Melayu, Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Ini Curi Tumpuan Netizen

Fasih Berbahasa Melayu Dan Nyanyi Negaraku, Cikgu ‘Mat Salleh’ Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah