Pernahkah anda mendengar pepatah Melayu yang mengatakan pokok kelapa ini adalah merupakan tumbuhan yang mempunyai 1001 kegunaan?

Jika belum pernah, mungkin kisah kejayaan seterusnya oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia ini pasti akan mengubah pandangan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan yang diterbitkan di beberapa portal berita minggu ini, sekumpulan penyelidik daripada universtiti tempatan itu dilaporkan berjaya menghasilkan jaket kalis peluru yang diperbuat daripada pelepah kelapa.

Menurut portal rasmi UPM, kumpulan penyelidik ini dikatakan berjaya menghasilkan perisai pelbagai lapisan (MA) (multilayer armour) kalis peluru daripada lapisan helaian kulit bahagian pangkal pelepah kelapa.

Tambah menarik, lapisan yang diperbuat daripada pelepah kelapa ini juga didakwa boleh menggantikan fabrik Kevlar pada jaket kalis peluru.

Fabrik kevlar sebelum ini terkenal sebagai salah satu bahan yang digunakan di seluruh dunia untuk tujuan menghasilkan inovasi seperti jaket kalis peluru kerana ketahanannya.

Tambah ketua penyelidik Dr. Mohammad Jawaid, inovasi yang diberi nama Techno Economic Hard Body Armour itu digunakan pada jaket sebagai jaket kalis peluru, dan memenuhi spesifikasi keperluan standard National Institute of Justice (NIJ) tahap III.

“Ujian balistik dilakukan menggunakan peluru 7.62mm kaliber sebagai peluncur tenaga kinetik tinggi, dari jarak 15 meter, dengan halaju tembakan 838±15m/s. Ujian dijalankan di Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) Selangor.

“Hasil ujian mendapati kedalaman ukuran trauma ketumpulan (ballistic blunt trauma measurement) baju kalis peluru pelbagai lapisan berasaskan CNS adalah 26.51mm, iaitu lebih rendah daripada had masksimum ‘blunt trauma limit’ 44mm yang dibenarkan mengikut standard NIJ,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, penghasilan perisai kalis peluru menggunakan bahan seperti pelepah kelapa ini juga menjimatkan 44 peratus kos fabrikasi berbanding MA (multilayer armour) yang berasaskan Kevlar.

Dengan berat sehingga 5 kilogram, teknologi yang dikenali sebagai Techno Economic Hard Body Armour dengan lapan lapisan ini boleh menjadi jaket kalis peluru dengan empat di bahagian depan dan empat di bahagian belakang jaket.

Baca juga perkongsian lain daripada kami mengenai pencapaian hebat rakyat Malaysia di pautan di bawah.

Geran, Filem yang ‘Gagal’ Di Malaysia Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Mat Salleh

Selepas Crazy Rich Asians, Wanita Malaysia Ini Jadi Penulis Skrip Filem Animasi Terbaru Disney

Capai Kejayaan Cemerlang Di Luar Negara, Ini 5 Tokoh Rakyat Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Kenali