Jarang sekali untuk kita melihat individu berpengaruh memperjudikan masa depan mereka. Apatah lagi jika individu tersebut merupakan individu yang dikenali ramai dengan status sebagai CEO beberapa syarikat terkemuka. Namun tidak bagi Elon Musk.

Elon Musk selaku CEO Tesla pada hari telah mencapai persetujuan bersama ahli lembaga pengarah untuk mewujudkan sebuah perjanjian atau deal terbaru untuk dirinya dan syarikat. Perjanjian ini juga dikatakan belum pernah dibuat oleh mana mana syarikat gergasi yang lain.

5b234f6039a37e2b455e337b8421aa5688a098e4_2880x1620

Melalui perjanjian ini, Elon Musk bertekad untuk meningkatkan nilai syarikat Tesla kepada $650 bilion. Angka dijanjikan bermakna Elon Musk mempunyai 10 tahun untuk meningkatkan nilai syarikatnya 10 kali ganda. Untuk membuatkan perjanjian ini lebih menarik, Elon Musk bersetuju untuk tidak menerima gaji sepanjang perjanjian ini dibuat.

Mungkin agak tidak realistik namun sekiranya beliau berjaya terdapat ganjaran besar yang mananti. Elon Musk bakal dianurgerahkan dengan wang sebanyak $60 bilion yang sekaligus bakal membuatkan beliau menjadi manusia terkaya dunia menandingi Jeff Bezos.

Secara umumnya, beliau mungkin tidak akan jatuh miskin sekiranya gagal menjayakan misi ini. Dalam pada itu, sikap percaya kepada diri dalam memberi yang terbaik untuk syarikat antara yang membuatkan kami kagum dengan Elon Musk.

elon-musk-twitter1 (1)

Mampukah Elon Musk melakukannya? Beliau mempunyai masa 10 tahun sehingga 2028 untuk membuktikan janji beliau. Setakat ini kebanyakan kata-kata yang disebutkan beliau berjaya menjadi kenyataan meskipun menjadi bahan ketawa orang ramai pada awalnya. Hanya Elon Musk mampu mencabar Elon Musk.