Selepas 2 tahun, akhirnya kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah dan pastinya ramai dapat mengubat kerinduan dengan ahli keluarga. Selain makan minum, bermaaf-maafan dan bergambar, bermain bunga api dan mercun juga antara ‘highlight’ dalam sambutan Hari Raya.

Mahu tunjukkan kelainan, seorang pengguna TikTok @anipbunenterprise86 telah berkongsi sebuah video memaparkan drone mengangkat mercun papan yang dinyalakan sebagai hiburan ahli keluarga.

@anipbunenterprise86

naya pilot#fouryoupage_tiktok__✌🏻✌🏻❤❤#RancakRaya#fypシ゚viral#SALAMLEBARAN2022#MAAFZAHIRBATIN#SEMOGAMAKABAHBERBAHGIADISISIALLAH🤲

♬ Oh No – Kreepa

Sedang seronok melihat mercun papan itu terbakar, dapat dilihat semua yang ada dalam video panik apabila drone itu terhempas ke tanah secara tiba-tiba selepas kesemua mercu terbakar.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat video itu. Para netizen turut terkejut melihat drone itu jatuh selepas mercun habis terbakar.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi tips untuk meletakkan pembeli pada tali agar kejadian tersebut tidak terjadi. Malah, segelintir netizen juga bersimpati dengan pemilik drone kerana berkemungkinan drone itu rosak akibat terhempas ke tanah.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan lebih 30 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Mintalah Pada Allah’ – Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Netizen

‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate