Nampaknya ramai yang sudah demam Beyblade dan trend ini nampaknya tidak akan surut dalam masa terdekat. Lebih-lebih lagi dengan pertandingan yang dianjurkan di merata tempat serata Malaysia.

Terbaru, pertandingan rasmi ‘Beyblade Battle Negeri Selangor 2019’ turut akan dianjurkan pada 30 Jun 2019. Tetapi anda perlulah berusia 21 tahun ke bawah sahaja untuk menyertai pertandingan ini. Hanya model ‘Beyblade Burst’ yang dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda mahu Beyblade burst yang hebat untuk sertai pertandingan ini, boleh beli di sini. Bercakap tentang Beyblade Burst, tahukah anda wujud Beyblade yang canggih di mana anda boleh kawal kelajuan Beyblade anda menggunakan telefon Pintar?

Jika anda baru tahu, ramai juga begitu dan ianya memang benar-benar wujud. Cumanya model ini mungkin sangat rare di pasaran Malaysia. Model ini sudahpun dijual sejak tahun lalu dan menjadi pilihan para pemain Beyblade dewasa. Anda boleh melihat cara mengawal Beyblade jenis ini menerusi video di bawah.

Beyblade Burst Evolution Digital Control Kit ini adalah keluaran Hasbro yang dijual pada harga USD39.99 (~RM165). Disebabkan agak sukar untuk mendapatkan model ini di Malaysia, anda boleh membelinya di laman Amazon dan Amazon ada membuat penghantaran ke Malaysia untuk model RC ini.

Buat abah-abah atau pak cik saudara yang mahu ‘menunjuk’ kepada anak buah tentang Beyblade yang canggih ini, bolehlah buat tempahan di Amazon. Tetapi jika anda mahu tidak mahu versi ini tetapi mahu yang original, boleh tempah di sini. Baru mudah untuk menang dengan ‘musuh’ anda.