Ivy Park salah satu jenama keluaran penyanyi terkenal Beyonce telah keluarkan satu reka bentuk terbaharu dengan kerjasama pakaian sukan terbesar dunia, Adidas.

Kerjasama ini telah membuatkan para peminat tergila-gilakan reka bentu terbaharu Ivy Park x Adidas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi apa yang jelik adalah reka bentuk terbaharu dua jenama besar ini kelihatan sama dengan uniform yang di pakai oleh pekerja salah satu pasaraya terbesar di British, Sainsbury.

Dan mereka tidak mengambil masa yang lama untuk troll Beyonce dan juga adidas.

Ciapa ini mendapat 17 ribu RT dan hampir 4,000 orang membalas ciapan tersebut.

Salah seorang pengguna telah mereka satu gambar yang menunjukkan Beyonce sedang bekerja di Sainsbury.

Manakala seorang pengguna Twitter berkata bahawa uniform yang dikeluarkan oleh Sainsbury lebih cantik dan elok berbanding reka bentuk keluaran Adidas dan Beyonce.

Tetapi tidak semua orang menghargai guraun senda ini. Beberapa peminat tegar Beyonce telah menyerang Sainsbury.

https://twitter.com/taeyonce_b7/status/1218235680066809864

 

Biarpun wujud persamaan terhadap kedua-dua jenama. Tetapi ia tidak menghentikan penjualan reka bentuk terbaharu Ivy Park dan Adidas. Untuk rekod, stokin yang dikeluarkan oleh mereka sudah habis dijual.

Ini bukanlah kali pertama Adidas bekerjasama dengan jenama besar. Sebelum ini mereka telah mengeluarkan produk hasil kerjasama dengan James Bond. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Imej adidas UltraBOOST 20 x James Bond ‘007’ Tertiris

adidas Malaysia Mula Jual Sandal Adilette BOOST Yang Dijamin Selesa

adidas Original Keluarkan Baju Edisi Khas Manchester United Sempena Tahun Baru Cina