Bersedekah adalah satu amalan yang mulia. Sedekah berasal dari perkataan Arab,sadaqah. Sedekah adalah pemberian seorang Muslim kepada orang lain secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Jadi sesiapa sahaja boleh bersedekah.

Berbeza pula dengan zakat. Zakat bermaksud mensucikan dan zakat adalah salah satu Rukan Islam yang wajib bagi setiap orang Islam. Individu yang sudah cukup kriteria perlu mengeluarkan zakat untuk diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang berhak menerimanya.

Ramai yang mungkin keliru tentang dua perkara mulia ini. Adakah masih perlu untuk bersedekah walaupun sudah mengeluarkan zakat? Adakah sedekah itu zakat? Sebenarnya kedua-kedua perbuatan ini tidak sama walaupun pada asasnya ianya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Yang paling jelas adalah Zakat wajib untuk setiap Muslim manakalah sedekah pula hanya sunat. Zakat pula akan dibahagikan kepada 8 asnaf yang wajib. Manakala sedekah pula boleh diberikan kepada sesiapa pun. Sedekah juga tidak boleh dikira sebagai zakat andai tidak diberi kepada salah satu golongan asnaf yang 8.

Kadar zakat pula adalah pada 2.5% dari harta atau pendapatan yang kita perolehi setiap tahun. Lebih mudah sebenarnya jika zakat ini dibayar setiap bulan supaya ia tidak membebankan anda daripada membayar secara lum sum untuk setahun. Segala harta benda(dan pendapatan) kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Bagaimana untuk tahu sama ada kita sudah layak untuk membayar zakat? Dengan zaman internet yang memudahkan ini, anda boleh menggunakan kalkulator zakat untuk mengetahui sebanyak mana zakat yang anda perlu keluarkan. Anda boleh mengiranya di sini.

Jadi inilah perbezaan antara zakat dan sedekah. Sedekah ini lebih kepada bonus pahala untuk kita. Lagi banyak sedekah yang kita buat, lebih banyak bonus pahala yang kita terima daripara Allah S.W.T.

Sedekah pun boleh diberi dengan pelbagai cara. Kalau nampak gelandangan atau individu yang kita nampak seperti tidak mampu di mana-mana, kalau tak mahu bagi wang ringgit, mungkin boleh belanja mereka makan di kedai. Itu pun boleh dikira sebagai sedekah.

Jadi harap-harap anda nampak mana yang lebih penting antara zakat dan sedekah ini. Zakat adalah amalan mulia yang akan bantu membersihkan harta kita. Jadi apabila harta kita bersih, hidup kita akan lebih mulia dan diberkati Allah. Insya’ Allah.