Kalau kita mahu membandingkan remaja zaman dulu dan sekarang, anda rasa yang mana lagi menarik? Yelah, nampak sangat perbezaan kita dengan adik-adik sekarang.

Perbezaan paling ketara yang anda boleh lihat antara kedua-dua generasi ni ialah daripada penggunaan teknologi yang telah merubah lanskap perhubungan mereka.

Ini kami senaraikan sikit perbezaan remaja milenial dan remaja 90-an. Cuba lihat anda bersetuju tidak?

Siapa ingat pernah menggunakan Nokia 3310?

Nokia-3310

Telefon paling legend Nokia 3310, bagi anda yang lahir tahun 90-an pasti ingat akan telefon bimbit ini. Zaman ni kami paling suka main game Snake. Kadang-kadang sampai tak ingat nak makan sebab asyik sangat dengan phone. Selain game, dengan telefon ni anda boleh membuat panggilan dan SMS sahaja. Selain itu, menariknya anda boleh reka nada dering untuk phone ini.

Kita panggil telefon ini baling anjing sebab ketahannya tinggi dan baterinya tahan lama sehingga 48 jam. Smartphone pula paling lama 12 jam sahaja bateri tahan kemudian anda perlu cas. Betul tak?

Call guna public phone. Anda pernah ke?

2353206-612×612

Public phone ni dulu merupakan keperluan yang sangat penting kepada masyarakat. Yelah, tak semua orang mampu nak beli telefon bimbit zaman ni. Paling legend bila nak guna public phone ni kena beratur sebab tunggu orang depan tengah bergayut kat telefon.

Itu belum lagi gelabah apabila duit syiling nak habis. Siap ada teori tekan butang 1 dan 3 kalau nak on call lama. Remaja milenial rasanya tidak sempat merasa pengalaman ni sebab dah semakin ramai mampu beli telefon bimbit. Kemudian, bermula tahun 2000 public phone dah boleh menggunakan kad prepaid, tidak perlu bersusah-susah nak tukar duit syiling.

Siapa pernah guna IRC? Anda memang legend!

MIRC-671×372

Bagi anda yang tidak tahu, IRC (Internet Relay Chat) adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer. Mula dikenali pada 1995, IRC ni boleh dikatakan antara pioneer dalam dunia komunikasi moden bagi tujuan berbual dengan rakan dan saudara dari merata tempat. Di Malaysia, antara channel yang popular adalah #kampung, #mamak, dan yang berasaskan umur.

Tapi lewat 90an pengguna sudah mula beralih kepada perhubungan lebih canggih seperti SMS dan chat online, contohnya menerusi messenger dan Skype.  Bila penggunaan telefon pintar pula dah semakin meluas, sistem chat ini sudah tidak praktikal sebab lebih mudah menggunakan apps yang ada, contohnya macam WhatsApp, Wechat, Facebook dan sebagainya.

Facebook & Twitter sebagai pengganti perhubungan

twitter-facebook-icons-671×377

Aplikasi media sosial yang paling popular kini semestinya Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audien yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.

Boleh dikatakan semua orang ada aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak? Yelah dengan kemudahan telefon pintar sekarang senang anda nak berhubung sebab kemudahan internet jalur lebar terdapat di banyak tempat even di kedai mamak pun boleh dapat WiFi percuma?

Selain tu, sudah semakin ramai yang mampu melanggan internet secara postpaid dan prepaid, malah budak sekolah rendah pun sudah pakai smartphone sekarang.

Dial up internet connection menggunakan line telefon rumah!

be54

Siapa pernah melalui zaman nak guna internet kena pasang telefon dulu kat rumah. Rasanya remaja zaman sekarang tak sempat merasa keterujaan nak tunggu talian bersambung sebelum dapat akses nak guna internet. Kadang-kadang makan masa beberapa minit juga sebelum dapat connect dengan internet ni. Nostalgia habis.

Sekarang penggunaan dial up internet kat Malaysia ni pon dah ditamatkan tahun lepas, sebab sekarang pengguna lebih mudah menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar. Selain lebih pantas, perkhidmatannya juga lebih laju.  Tapi ini kami nak kongsi dengan anda tentang satu perkhidmatan internet yang pastinya buat anda puas hati.

TIME tingkatkan kelajuan jalur lebarnya sehingga 1Gpbs. Barulah seronok nak layari internet!

Untitled2-671×433 23

Untuk pengetahuan anda, TIME baru sahaja selesai menaik taraf perkhidmatan jalur lebar mereka dengan menggunakan 100 peratus fiber. Kalau anda nak tahu penggunaan fiber ni mampu menyalurkan data lebih banyak dengan lebih cepat dan stabil bahkan boleh mencapai Gbps!

Sebab itu sekarang, anda boleh melanggan internet dengan kelajuan sehingga 1Gbps pada harga yang sangat berpatutan dengan perkhidmatan jalur lebar daripada TIME ini tau! Mari kami kongsi sikit.

Pelan baru TIME, anda boleh menikmati internet pada harga yang berpatutan!

Pelan-internet-671×251 23

Untuk anda yang masih tidak tahu nak pilih pelan jalur lebar apa, kami sarankan anda langgan TIME ni, sebab sekarang TIME dah kenalkan tiga pelan terbaru yang sangat berpatutan. Anda boleh pilih kelajuan internet yang anda ingin gunakan setiap bulan.

  • 100Mbps- RM 99/sebulan (online sahaja)
  • 500Mbps- RM139/sebulan
  • 1Gbps- RM 199/sebulan

Selain tu juga, proses langganan untuk TIME ni juga sangat mudah tau dalam masa 2 minit je anda dah boleh melanggan jalur lebar ni. Anda hanya perlu ke laman time.com.my dan pilih perkhidmatan jalur lebar yang anda inginkan. Cepat dan mudah kan?

Yang paling best ialah kalau anda melanggan secara online, bil pertama anda akan mendapat potongan sehinggan RM 100 tau! Berbaloi sangat.

Internet pantas kerja lebih mudah! Bertukarlah ke pelan terbaru TIME!

Time-fibre-internet21

Dalam dunia teknologi ni, apa sahaja yang kita lakukan mesti menggunakan internet kan? Nak bayar bil, nak tonton televisyen bahkan nak main game pun guna internet. Dengan TIME, anda akan dapat merasai kelajuan internet yang pantas dan stabil.  Bukan itu sahaja kalau anda connect seberapa banyak peranti pun anda tetap dapat nikmati kelajuan internet pada kadar yang sama tau!

Dengan pelan terbaru daripada TIME ini, kehidupan anda pastinya menjadi lebih mudah. Jadi, anda tunggu apa lagi, jom bertukar ke pelan jalur lebar TIME hari ini untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang laju pada kadar yang berpatutan hari ni juga. Kalau anda nak ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan TIME ni, anda tekan je kat sini.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →