Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah dilaksanakan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  bagi memastikan para pelajar tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nurzuhaili Shamsudin telah berkongsi sekeping gambar memaparkan jawapan seorang pelajar tingkatan 3 untuk soalan karangan dalam bahasa Inggeris.

Nurzuhaili yang merupakan seorang guru mengatakan bahawa ramai pelajar yang meninggalkan jawapan kosong dan meminta maaf kerana tidak dapat menjawab soalan tersebut.

Akan tetapi, sampel jawapan yang ditunjukkannya itu menarik perhatiannya dan membuatnya termenung serta tergamam. Dapat dilihat melalui gambar tersebut, pelajar itu meminta maaf dan juga menulis petikan ayat daripada video-video di TikTok.

Hal tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar tersebut yang tidak menghormati guru dengan menulis seperti itu. Malah, ada juga netizen mengatakan pelajar tersebut seperti sedang ‘protest’.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa sedih melihat keadaan anak bangsa seperti ini yang kurang beradab. Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa kesan tidak ke sekolah untuk belajar mungkin menjadi faktor pelajar kini bersikap begini.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian ini telah dikongsikan lebih 4 ribu dan menjadi topik perbualan ramai.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Proton Saga Halang Laluan Lori, Pekerja Kilang Terpaksa Ubah Guna ‘Forklift’

Ini Respon Yusry A. Halim Isu Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Dengan 1 Juta Pengikut

‘Takut Nak Kahwin’- Harga Pakej Perkahwinan Makin Mahal Buat Netizen Terkejut

Anda Mungkin Suka