Pesta buku Big Bad Wolf (BBW) kembali tahun ini dan semestinya lebih hebat daripada tahun lalu. Lebih 4.5 juta buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina akan ditawarkan untuk BBW edisi tahun ini.

Sama seperti BBW tahun lalu, pengunjung akan ditawarkan diskaun dari 75% sehingga 95%. Tahun lalu kami dapat beli buku Star Wars dengan potongan harga 70% di BBW. Memang puas hati. Untuk memudahkan semua yang hadir, anda kini boleh membuat bayaran secara wang tunai, kad kredit atau vCash menerusi telefon pintar anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BBW tahun ini bukan hanya sekadar menjual buku, tetapi pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung di sana. Pihak BBW juga akan lebih responsif dalam menjawab soalan pengguna di media sosial supaya anda sentiasa update dengan apa yang berlaku di BBW.

bbw 2

Maskot Ejen Ali turut akan membuat kemunculan khas di BBW untuk bertemu dengan pembaca cilik dan anak anda juga berpeluang untuk bergambar bersama watak Ejen Ali ketika sesi meet & greet. Buat julung kalinya BBW berkolaborasi bersama penerbit tempatan, FIXI untuk menghasilkan karya Cukaria All-Star, buku kompilasi cerita pendek dalam bahasa Malaysia yang akan dijual khas di BBW.

Bila dah penat berpusing mencari buku, mesti lapar dan dahaga kan? Jangan risau sebab BBW turut akan membuka pop-up store ‘After You Dessert Cafe’, kafe yang menyajikan ais krim dan roti bakar ais krim signature mereka yang sedap dan popular di Thailand.

after u

BBW akan mula dibuka kepada umum jam 7.00 pagi, 8 Disember 2017 sehingga 11:59 malam hari Isnin 18 Disember 2017. Kalau nak rasa chill dan relax, memang boleh datang sebelah malam. 200 pengunjung terawal akan menrima voucher kopi daripada Coffex. Jadi apa tunggu lagi? Ajak kawan, ajak adik dan kakak untuk sama-sama memeriahkan BBW. Sebarang informasi lanjut boleh ikuti BBW di sini.