Beberapa bulan yang lalu, AirAsia telah mengumumkan BigPay selaku e-wallet buat pengguna AirAsia. Sebagai usaha untuk kearah pembayaran tanpa tunai, Tan Sri Tony Fernandes melalui syarikat AirAsia pada minggu ini telah mengumumkan pelan untuk mengeluarkan kriptowang tersendiri yang bakal dinamakan sebagai BigCoin.

Difahamkan hasrat disebalik pelancaran BigCoin ini dibuat sebagai langkah awal kearah cashless. Melalui idea terbaru ini para pengguna berpeluang membayar makanan dan minuman dengan mudah diatas kapal terbang menggunakan kriptowang.

bigpay-airasia
Sumber: Vulcanpost

Selain itu, anda yang ingin mendapatkan tiket penerbangan di laman web AirAsia turut ditawarkan di dalam beberapa matawang berbeza beserta kriptowang BigCoin.

Berdasarkan temuramah bersama Asian Nikkei, Tan Sri Tony Fernandes nampaknya tidak ralat dengan masa depan kriptowang sebaliknya melihat kehadiran kriptowang sebagai platform untuk menstabilkan mata wang sedia ada. Kami harap pelan ini dapat berjalan lancar semuanya serta bakal memudahkan para pengguna AirAsia.

tony-fernandes
Sumber: ibtimes

Bagaimana pula dengan anda? Mampukah kehadiran BigCoin bakal membuatkan anda mula bertransaksi secara digital menggunakan kriptowang?