Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia hanya duduk di rumah dan kerja dari rumah. Pastinya bil eletrik yang anda terima baru-baru ini mengejutkan anda kerana anda perlu membayar lebih dari kebiasaan.

Bagi anda yang menggunakan penghawa dingin di rumah, tahukah anda bahawa anda boleh jimat bil jika menggunakan penghawa dingin dengan betul? Fazlie Idris, seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara untuk kurangkan kadar bil eletrik walaupun gunakan penghawa dingin di rumah. Ayuh ikuti cara-caranya!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Beli penghawa dingin pada HP (Horsepower) yang mencukupi

Lebihkan sikit HP itu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap aircond 0.5HP sudah cukup sebab bilik kecil sahaja.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP sudah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.

Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. Jadi, kalau boleh kita nak kompresor itu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.

2. Gunakan aircond yang ada teknologi inverter

Inverter ini bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Apabila eletrik pada kompresor lebih stabil, jadi kita dapat jimat elektrik.

Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering mungkin boleh terangkan lebih lanjut tentang perkara ini. Bagi yang guna inverter, tidak payah nak gatal on off aircond tu kerap sangat.

Inverter ini hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

ekon-10_35_491096
Gambar hiasan. Sumber: xtra

3. Setkan aircond pada cara yang betul

Selalunya saya tengok ramai akan set pada satu suhu, let say 23 deg C, kipas set level 2 out of 4.

Lepas itu biar sahaja sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (contoh: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (contoh level 4) dan biarkan bilik itu selama lebih kurang 30 minit ke 45 minit.

servis-aircond-rumah-murah
Gambar hiasan. Sumber: Aircondku

Kemudian, setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh (contoh: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru buka.

Jadi kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, mula kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama sudah boleh maintain. Jadi kalau kita set aircond tu pada setting yang sama sahaja sampai ke pagi, kompresor akan kerja lebih.

Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.

4. Jangan selalu on dan off

Agak sejuk sahaja, off terus aircond. Bila rasa panas on balik. Ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. Kalau sudah kerap on off, banyaklah elektrik yang kita guna.

5. Service aircond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali

Paling cikai pun buat setahun sekali. Aircond yang tidak di service, akan buatkan aircond itu sudah tidak berapa nak sejuk. Secara tidak langsung kita kerap tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor sahaja.

Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau sudah terlalu lama tidak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.

Diharap tip yang diberikan oleh saudara Fazlie dapat dimanfaat oleh anda barulah bil eletrik tidak melambung tinggi. Selamat mencuba.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa tip lain untuk anda cuba sendiri di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Ini Tip Penting Dan Mudah Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama

Ini Cara Baiki Kipas Seperti Baharu Bermodalkan Bawah RM10

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut