Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang pemuda berusia 20 tahun telah di diagnos mempunyai penyakit apendik pada Oktober 2013. Dia menerima rawatan di Hospital Besar Sutter, California, USA. Pada penghujung tahun, dia menerima bil ini dari pihak hospital:

healthcare-bill1
healthcare-bill2
healthcare-bill3

Tertera jumlah kos rawatan lebih dari USD 55,000. Mujur lelaki ini dapat menggunakan insuran ayahnya dan kos diturunkan kepada USD 11,000. Selebihnya itu telah diselesaikan oleh pihak insuran ayahnya. Kini dia berhutang USD 11,000 dengan pihak hospital.

Selepas memuatnaik bil ini di laman sesawang Reddit, ia menjadi viral dan mendapat perhatian pengguna internet seluruh dunia. Mereka membanding-bandingkan kos rawatan di negara mereka dengan kos rawatan di USA.

Warga Australia menyatakan dia tidak pernah melihat bil rawatan apendiks nya:
australian

Ibu seorang warga Canada melakukan pembedahan kaki dan hanya dicaj $60 untuk akses kabel TV:
canadian

Warga Malaysia pula menyatakan ia hanya perlu membayar $25 untuk pembedahan appendiks:
malaysian

Ini pula respon dari warga USA sendiri:

Seorang pemuda diisytihar muflis selepas gagal menyelesaikan bil rawatan kansernya. Dia tiada perlindungan insuran:
13

Sepupu seorang pemuda ini meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas tidak mampu membiayai kos rawatannya yang telah mencecah had seumur hidup perlindungan insuran beliau iaitu sebanyak USD 500,000:
23

Ibu bapa ini pula menyatakan mereka dicaj USD 2,000 untuk kos rawatan semalaman di sebuah pusat rawatan. Anaknya hanya diberikan pil anti-muntah, dan sekotak jus:
33

Bagi saya setiap orang perlu ada perlindungan insuran. Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan bebanan kos rawatan terutama bagi penyakit-penyakit berat.

Elakkan daripada membayar bil perubatan seperti ini dengan mengambil kad perubatan yang bersesuaian dengan diri anda.

Apa pendapat anda dalam soal ini?
Kami mahu tahu pandangan dan pengalaman anda. Coretkannya di ruangan komen di bawah ini atau di Facebook The Vocket.

Sumber: Viraldoza

Anda Mungkin Suka