Kami baru saja terbaca kisah Heliza Helmi yang berkongsi pengalaman beliau sewaktu bekerjasama dengan krew produksi iklan Silky White.

Heliza berkata, ketika masuk sahaja waktu solat, kakitangan berkenaan yang bukan beragama Islam memberitahunya supaya menunaikan solat terlebih dahulu, kerana sudah masuk waktu Asar ketika itu.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

heliza-helmi

“MasyaAllah…. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada mereka.

“Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan ‘prepare’ kan untuk ‘you’ solat.

“Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. ‘Okay, kita ‘break’ dahulu, bagi Heliza solat, ‘then’ baru makan, ‘then’ baru ‘shoot’ balik.

“Handphone’ Ija, bila azan ‘handphone’ ni ada suara azan, waktu Asar tadi, Mereka sendiri yang ‘stopkan shooting’, dan mereka kata… ‘Okay Heliza you solat dulu ok? ‘ Sejadah ni pun mereka yang ‘prepare’,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Heliza menzahirkan rasa syukur kerana dirinya dapat solat tepat pada waktunya tanpa memberitahu kepada mereka tentang kewajipan tersebut.

“Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya ALLAH MasyaAllah. Terima kasih ALLAH… Solat tepat waktu dan Ija tak perlu ‘mention’ pun tentang solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaALLAH…….. Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan ALLAH? ,” tulisnya.

Sumber : Sinar Harian

_______________________________________________

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka