Kurangkan bebel kepada anak lebih-lebih anak lelaki.

Kawan,
Anak lelaki memang begini. Jika ada anak lelaki, mulut memang perlu kita kunci. Kita membebel panjang pun mereka buat tidak tahu. Berubah pun belum tentu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kawan,
Tadi Dani marah. Tidak ingat mengapa. Dhuha dan Dani di meja makan. Dani campak pinggan dan mainan, kawan. Bayangkan hati saya kawan. Kalau ikut amarah, sudah lama bergema dan bergaung rumah.

Dani
Dani

Tapi kawan,
Saya pilih jadi positif. Saya ulang ayat ini, “Abang, campak-campak bukan akhlak baik. Soleh boy tak campak barang”. Lantas, saya minta Dhuha kutip barang semula dan letak atas meja.

Tahu kawan?
Dani campak semula pinggan tadi. Alhamdulillah kawan, sabar masih meninggi. Saya diam dan teruskan beri Daud susu. Saya buat tidak tahu pada sikapnya. Dalam fikiran, kejap lagi mahu nasihatkannya semula.

Allahuakbar kawan.

Tiba-tiba,
Dani bangun kutip semula pinggan dan letak di atas meja. Saya mengangkat kepala dan melihat perbuatannya. Bagai dejavu, Dani melihat saya juga. Saya tunjukkan jari tanda “bagus” tanpa suara. Dani senyum, kawan. Kemudian semua barang yang dicampaknya dikutip. Saya menunjukkan tanda “bagus” berkali-kali.

Akhir sekali, saya memuji dengan ayat ini, “Bagus abang soleh boy, kutip barang, ummi suka”. Dan sekali lagi, saya tidak perlu membebel perbuatan buruknya tadi.

Kawan,
Betul bukan mudah mahu jadi positif. Tidak ramai yang mampu. Apabila mampu, tidak ramai yang boleh istiqamah. Apabila istiqamah tidak ramai pula yang sabar mahu melihat perubahan anak.

Kawan,
Nasihat ini untuk saya dan suami.

“Keep faith and akhlak in your daily life, you will have positive mind, body and soul”.