Ye, kami belum ada anak sendiri.

Memang la boleh berbelanja lebih, tak ada anak lagi kan.
Memang la rumah kemas je, tak ada anak yg nak sepahkan.
Memang la boleh cuti raya lama, tak ada anak sekolah kan.
Memang la boleh pergi bercuti selalu, tak payah susah-susah nak bawak anak kan.
Memang la boleh gambar berdua sweet-sweet, tak ada anak yang kacau kan.
Memang la boleh pergi umrah awal, tak perlu fikir nak tinggalkan anak lama-lama mana kan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekarang ni Zana nak tanya,
Salah ke kami suami isteri dapat rasa semua nikmat rezeki tu di saat perkahwinan kami diuji dengan ketiadaan anak? Atau awak rasa ada anak tu membataskan kehidupan awak?

anak-1

Jangan ingat yang tak ada anak ni semuanya boleh belanja mewah. Kita tak tau belanja dan simpanan dia macam mana. Kita tak tau apa perancangan hidup mereka.

Kita tak tau apa-apa sebab kita orang luar. Kita tak tau apa perasaan mereka setiap kali soalan “bila nak ada anak?” tu ditanya.

Kebanyakan pasangan yang masih menanti rezeki anak ni, sangatlah bahagia. Diberi rezeki untuk lebih mengenal hati pasangan.

Sebab tu secara automatik kita akan nampak pasangan ni lebih mesra sebab memang rutin seharian mereka semuanya dilakukan berdua.

Sedih? Tipu kalau tak ada rasa sedih tu, tapi jarang sekali dan selalunya perasaan sedih tu sekejap sangat.

Selebihnya, mereka lebih suka memilih untuk teruskan kehidupan normal seperti biasa, berusaha, berdoa dan percaya dengan ketentuan rezeki daripada Allah.

Percaya tak hampir semua yang belum ada anak ni, bila diasak dengan soalan “bila nak ada anak” ni akan rasa lagi teruk sedihnya daripada rasa sedih menerima hakikat masih belum ada anak.

Sebab soalan-soalan tu la kebanyakan mereka jadi sayu hati, rajuk hati, menjauh diri dan rasa rendah diri.

Lagi sedih bila soalan tu ditanya di hadapan orang ramai. Diusik seolah-olah suami isteri ni berdosa berkahwin tanpa anak. Diketawakan seolah-olah pasangan ni serba kekurangan.

Maaf ye. Zana bukan minta simpati, cuma minta kita semua sama-sama belajar menghormati.

Hormati perasaan orang sekeliling kita. Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu.

Bila kita cuba jaga hati dan air muka orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hati, diri dan maruah kita.

Yang dah kahwin, bersyukur ada pasangan hidup. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita tiba2 kehilangan pasangan hidup..

Yang belum kahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak bagi kita peluang lebih berbakti lama kepada ibu dan ayah.

Yang dah ada anak, bersyukur ada anak. Anak adalah saham akhirat kita. Betapa bertuahnya mempunyai anak yang mampu mendoakan kita setiap hari. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak.

Yang belum ada anak, bersyukur Allah bagi nikmat rezeki bersabar. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu?

Allah bagi peluang kita untuk lebih meluangkan masa bersama insan yang sudi terima baik buruk diri kita. Allah bagi kita masa lebih untuk lebih dekat kepada-Nya.

Yakinlah Allah bagi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak.

Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji. Setiap di antara kita berbeza ujiannya. Tapi percayalah yang Allah menguji sesuai dengan kemampuan diri kita.

Belajar menerima Qada dan Qadar Allah. InsyaAllah semuanya akan jadi lebih indah.

Zana & Adiey,
Trying To Conceive (TTC) for 6 years.