Tular sebuah video berdurasi 12 saat di mana sekumpulan penunggang basikal tenang berbasikal ditengah-tengah jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Video yang dimuat naik oleh @myjoe_ telah menarik perhatian netizen yang ternyata berang dengan tingkah laku mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kalau tak menang emas Olympic aku tak tahu nak kata apa. Ada waktu tadi makan satu lorong,” tulis pengguna Twitter itu di bahagian kapsyen.

Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan penunggang basikal menunggang ditengah-tengah jalan raya yang sibuk.

Tidak pasti di jalan raya yang mana, tetapi tindakan mereka ini boleh membahayakan pengguna yang lain kerana jalan raya tersebut sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.

Video berdurasi pendek itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan menarik pelbagai komen netizen yang mengecam tindakan mereka.

Peringatan kepada penunggang basikal di Malaysia, jika anda tidak mahu dilanggar oleh lori atau kereta mahupun bas, sila pastikan anda menunggang basikal sambil membawa otak.

Jangan tinggalkan otak anda di rumah seperti mereka yang ada di dalam video tersebut.