“Sejak bila rumahku dah jadi cerita hantu Jepun The Dark Water…”

Inilah bezanya menyewa rumah di Scotland berbanding di Malaysia

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Benarkah pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri?

Sebelum berhijrah ke Scotland, dalam kepala dok terbayang bestnya nak duduk kat tempat orang. Sejuk aircond nya luar dan dalam.

Di rumah sendiri biliknya banyak, bilik air pun boleh pilih-pilih, laman pun luas, boleh bercucuk tanam, pokok buah pun dah tersedia menunggu musim, perabut pinggan mangkuk barang keperluan rumah serba lengkap dalam bersederhana.

Sebelum hijrah sempatlah berurusan sewakan rumah fully furnished. Untunglah. Bawak badan dengan baju sajalah masuk rumah. Semua benda dah ada. Sikit-sikit kurang tu biasalah, lebih-lebih kang bayarlah lebih.

rumah-iman-1
Macam-macam extra pokok buah tak payah beli kat pasar. Mata kucing, rambutan, sukun, rebung, kantan, serai semua ada kutip je kat belakang.
rumah-iman-2
Nangka oren jiran sebelah bagi, biji tanam kat belakang dah tumbuh hasil.

Sesampai di Scotland…
Rumah-rumah klasik betul, memang beza sangatlah dengan Malaysia. Cerobong asap (chimney) identiti di sini tapi bukan berasap lagi dah, semua dah guna centralised heater tak bakar lagi dah kayu dalam rumah macam kat movie tu. Tak payah pikir nak carik kayu, nak carik kayu. Heheh

Rumah sewa rakan di sini tolong cari. Di airport pun sudah ada yang menunggu untuk bawak kitorang ke rumah host untuk makan dan rehat-rehat, maklum jet lag 13 jam atas awangan. Memang best komuniti Malaysia di sini sangat memahami dan baik-baik orangnya. Tabik tok penghulu dan JKKK.

Sepanjang perjalanan dari airport dah terbayang rumah sewa macam di sekitar Edinburgh sangatlah cantik dan comel-comel. Berangan.

Selesai makan dan rehat-rehat di rumah host, di bawanya kami ke rumah sewa. Tingkat 1, Flat 2 bilik, 1 bilik air, ruang tamu yang kecil dan dapur yang muat seorang memasak.

Baiklah punggung kami suami isteri tak berapa besar tapi berlaga-lagalah juga bila berdua di dapur hahaha. Inilah yang mampu untuk kami sewa sebenarnya.

Sewa £550 sebulan okaylah, sewa rumah besar-besar dan mahal nanti bajet makan dan lain-lain mana nak cukup. Nak belajar buatlah cara belajar ye tak? Maka lupakanlah angan-angan gaya hidup selesa seperti di rumah sendiri seperti di tanah air.

Waktu malam, apasal lah sejuk sangat ni. Macam ni rupanya seperti yang disebut-sebut jiran yang pernah tinggal di sini dulu. Memang sejuk sampai berebut port tengok tv sebelah heater. Adoilaaa la teringat-ingat kenangan lalu menempuh kesejukan melampau.

Rumah sewa kami yang terakhir taklah sejuk sangat sebab rumah moden, sistem pemanas dan penebat haba yang baik. Rupanya kenalah pandai pilih rumah untuk berjimat bil api dan gas.

Duduk jauh sikit dari universiti takpalah asal sewa murah dan tak sejuk gedi. Pemandangan pun lawa nak melukis pun hati tenang aje. Sewa rumah dan bil utiliti auto-debit, hujung bulan update meter reading jadi tak pernah la sewa tertangguh takut kena bayar interest tak pasal-pasal.

Okeh. Atas tu baru intro, cerita bawah ni baru betul-betul kejadian.

27hb Mei 2016 Edinburgh

Tarikh kena kosongkan rumah sewa. Dah 2 bulan landlord bagi peluang sewa lebih lama.

Seminggu lamanya berhempas pulas mengemas, menyental dapur, menggosok, mengosongkan barang, menutup lubang dan mengecat dinding, membasuh lantai, mengelap tingkap luar dan dalam, menyusun perabot seperti keadaan asal.

Tengok senarai inventory naik cuak dibuatnya. Punyalah takut tak dapat balik duit deposit sewa 2 bulan + bil. Maklumlah tengah sengkek berhabis dengan urusan dan keperluan akhir sebelum berangkat pulang.

Sakit-sakit badan mengerjakan rumah, sendi-sendi seakan nak tercabut dan kebas-kebas. Kulit tangan pecah-pecah, tulang belakang rasa macam dah takda nak support. Tak lena tidur rasanya mengenangkan deposit.

Sementara di tanahair.

Berbeza situasi di rumah sendiri yang disewakan. Penyewa bertukar sejak lebih 2 tahun lepas. Sewa lambat bayar, bertangguh sampai 3-4 bulan. Deposit sewa 2 bulan dah lama ZERO.

Keadaan rumah tak pernah ber update walau diminta berkali-kali, sampai naik fed up dibuatnya. Ikutkan hati memang hendak saja keluarkan notis keluar atau bahasa kasarnya halau keluar.

Tiap hujung bulan kena whatssap mintak sewa. Macam ceti kutip hutanglah situasinya. Jawapannya sama macam dalam felem P Ramlee, rayu-rayu nyanyi-nyanyi jeritan batinku. Kalaulah kat sini buat macam tu dah lama kami homeless atau kena turun naik mahkamah.

27hb Mei 2016 Kuala Lumpur.

Tarikh penyewa kena kosongkan rumah. Rumah belum kemas, mintak tangguh sampai 31hb Mei 2016.

Sewa bulan terakhir dibayar di hari terakhir rumah dikosongkan. Deposit ciput bil utiliti jadi sandaran. Itu pun dia kata nak kontra hutang bil TNB. Apa lagi yang nak disandarkan? Condition rumah tak tahu lagi macamana?

Selepas penyewa keluar.

Hancur luluh jiwa raga bila tengok gambar-gambar wasap kiriman birasku.

Cer tengok…?

rumah-iman-6
Rumah sendiri? Sedihnya.
rumah-iman-7
Tangki bocor melarat-larat sampai ke lantai parquet.
rumah-iman-8
Mould sampai ke lantai.

Sejak bila rumahku dah jadi cerita hantu Jepun The Dark Water?
Kaca berderai-derai bak terhempasnya jiwa lara.
Kuali bocor di celah longkang, betapa bocornya kepercayaan yang diberi selama ini.
Paku dinding sana sini sakit ku rasa seperti dipaku-paku perasaan ini.
Ok dan banyak lagi karang over lah pulak. Ramadhan ni bersabar-sabarlah pujuk hati.

Berapalah agaknya kos nak perbaik rosak yang melarat-larat ni? Kalau report awal bukan pakai duit penyewa pun nak perbaik tangki. Macam ni pun ada. Sengal.

rumah-iman-3
Puas sental dapur, punya takut tak dapat balik deposit 2 bulan.
rumah-iman-4
2 kali basuh ni, mood takut.
rumah-iman-5
Apa yang tak di cuci? Semuanya termasuk carpet. Bro Mohd Azrin champion!

Bandingkan pulak bagaimana deposit rumah sewa dipulangkan di Scotland?
Di sini ada agenci pemegang deposit. Jadi kalau ada dispute ke tak puas hati antara penyewa dan tuan rumah senang la nak lawan atau bawak kes. Asal ada bukti. Sebab tu ambik gambar banyak-banyak sebelum keluar rumah, landlord penyangak pun ramai jugak kat Scotland ni.

Alhamdulillah dapat full refund duit deposit. Berbaloilah dengan letih nak tercabut tulang belulang. Kalaulah di Malaysia ada sistem macam ni, dua belah pihak senang hati. Tak gitu? Gituuu.

rumah-iman-9
Emel dari agensi pemegang deposit. Dapat full refund. Alhamdulillah. Kat Malaysia buatlah macam ni kan elok.

Bukan semua penyewa rumah di Malaysia macam tu. Sebelum ni dekat 6 tahun rumah sewa apartment tak gamak nak naik sewa. Sebabnya, bayar on time & tak banyak cekadak.

Buat penyewa, sentap diam-diam. Kalau sentap bising-bising lagi orang tau korang siapa. Kereta mewah merelip-merelap, sewa rumah sangkut-sangkut, sampai hati kau. Ambil kesempatan atas lembut bicaraku selama ni.

Baca lagi: Meski Hanya Rumah Kuarters, Wanita Ini Tetap Hias Ruang Tamu Kecil Mereka Dengan Idea Menarik