Vaksin COVID-19 tiba di negara kita bulan lalu dan sejak itu, wujud sedikit harapan buat rakyat Malaysia untuk kembali menjalani hidup seperti biasa.

Namun, dalam pada kita gembira dengan kehadiran vaksin, ada cerita yang tidak enak terjadi kepada kumpulan barisan hadapan yang telah berjuang untuk mempertahankan negara daripada wabak ini.

Ini adalah cerita lebih sudu dari kuah. Buat mereka yang kurang arif, peribahasa ini bermaksud seseorang yang suka melebih-lebih sehingga overshadow mereka yang sepatutnya menjadi focus point.

Dr. Rafidah Abdullah, seorang doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia, berkongsi tangkap layar dakwaan bahawa wujud kumpulan VIP di Kelantan yang ‘berebut’ vaksin dengan kumpulan barisan hadapan.

Laporan yang hadir dari anonymous ini jelas membuatkan beliau tidak senang hati kerana yang sepatutnya diberi keutamaan untuk menerima vaksin adalah kumpulan barisan hadapan.

“Terima banyak mesej seperti ini. Kita perlu memastikan keadilan dalam distributif dan menanamkan kepercayaan terhadap program imunisasi kebangsaan.

“Mungkin MOSTI YB @Khairykj boleh mempertimbangkan untuk mempunyai saluran bebas bagi orang untuk mengajukan aduan & memastikan tindakan untuk pemotong barisan,” kata Dr. Rafidah.

Ciapan yang dimuat naik beberapa minit itu terus mendapat perhatian Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19.

Dia yang mengucapkan terima kasih kepada Dr. Rafidah menyatakan bahawa pihaknya memandang serius berkenaan dakwaan ini dan sudah memaklumkan kepada DG Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkara ini.

“Terima kasih @rafidah72. Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham agar tiada pemotongan barisan.

Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat,” katanya.

Ciapan Dr Rafidah mendapat perhatian ramai apabila salah seorang pengikutnya melaporkan bahawa wujud perebutan vaksin di antara kumpulan VIP dengan barisan hadapan.

Mengikut sistem yang dikeluarkan KKM, fasa pertama Program Imunisasi Kebangsaan adalah untuk kumpulan barisan hadapan yang menjadi benteng utama negara dari wabak COVID-19.

Tidak pasti mengapa kumpulan VIP mahu lebih sudu dari kuah dan mengambil vaksin terlebih dahulu, padahal mereka bukanlah kumpulan yang berjuang secara direct dengan pesakit atau wabak COVID-19.

Dan untuk rekod, dakwaan nama kumpulan barisan hadapan dikeluarkan daripada senarai penerima vaksin bagi memberi laluan kepada kumpulan VIP bukanlah baru, ia sudah bertiup kencang sejak vaksin tiba di negara ini lagi.

Tahukah anda bahawa vaksin BioNTech Pfizer dihasilkan oleh orang Muslim? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tahukah Anda Bahawa Vaksin BioNTech Pfizer Dihasilkan Oleh Orang Muslim?

Gara-Gara Menyokong Pengambilan Vaksin, Pendakwah Selebriti Ini Digelar ‘Ustaz Dajjal’

‘Ini Semua Wayang Sahaja’- Golongan Antivaksin Tidak Percaya Perdana Menteri Terima Suntikan Vaksin