Pasti tidak menyangka kediaman serba mewah dengan konsep minimalis ini pernah beroperasi sebagai sebuah bilik dandang (boiler room) bagi kompleks pembuatan barang kemas.

Pangsapuri mewah ini terletak di Pawtucket, Rhode Island telah direkabentuk penuh bergaya oleh Stack + Co. dan hiasan dalaman konsep minimalis pula diusahakan oleh Kelly Taylor Interior Design.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia berkeluasan 1,654 kaki persegi mempunyai dinding setinggi 30 kaki membolehkan ia jadi 3 aras yang berbeza dan menempatkan dua buah bilik tidur dan 2 buah bilik air berserta satu ruang pejabat seluas 1,287 kaki persegi.

Menurut tuan rumah, Eric Delin, pelanggan yang hadir ke pejabatnya lebih tertarik dengan ruang pejabat dan kediaman berbanding perbincangan yang berlangsung.

Tambahan pula, tingkap setinggi 15 kaki dengan pintu Perancis di depan ruang tamu dan dapur mempunyai dek yang menghadap Sungai Blackstone yang menjanjikan suasana menarik buat penghuninya.

Pelan Lantai