Julie Nabucet ialah seorang arkitek. Dia telah ditugaskan untuk memuatkan sebuah apartment di dalam sebuah bilik bersaiz 129 kaki persegi iaitu mungkin sebesar bilik tidur anda sahaja!

Jika selama ini kita merasakan bilik kita hanya berfungsi sebagai tempat tidur dan berehat itu kecil, bayangkan sebuah apartment dimuatkan di dalam bilik anda. Sangat memecahkan kepala apabila memikirkannya. Namun tidak bagi Julie Nabucet. Dia telah membuktikan kemampuannya sebagai seorang arkitek yang memandang ke hadapan apabila ruang rumah semakin mengecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Julie berjaya memuatkan ruang tamu, bilik tidur, ruang kerja, dapur, bilik air dan ruang makan di dalam sebuah bilik. Ini menjadikan bilik itu sebuah apartment mikro! Pastinya konsep ini sesuai untuk anda yang mahu menyewakan bilik pada harga studio kelak ;)

Dari 129 kaki persegi, bilik air dengan keluasan sebesar 21 kaki persegi dan bakinya 108 kaki persegi untuk ruangan lain seperti ruang tamu, bilik tidur, ruang kerja, dapur dan ruang makan. Kami mengandaikan saiz ruangan ini seluas 13.5 kaki memanjang dengan kelebaran 8 kaki menjadikan ia bersamaan 108 kaki persegi. Ini bermakna bilik tidur kami bersaiz 10 kaki X 20 kaki juga boleh ditambahbaik menjadi sebuah apartment mikro! Wah! Satu idea yang tidak pernah kami fikirkan sebelum ini.

04

06

08

10

11

15

16

19

22

23

24

Ikuti penjelasan yang lebih mendalam di sini:

LIKE Facebook THE VOCKET untuk ikuti lebih banyak artikel menarik. Anda juga boleh menghantar kisah menarik anda dengan KLIK SINI.