Seringkali orang kaya atau berada dikaitkan dengan kehidupan yang mewah serta memiliki barangan yang mahal. Apatah lagi jika jumlah kekayaan berjaya membuatkan seseorang tergolong dalam senarai manusia terkaya dunia.

Namun perkara ini tidak lagi berlaku buat Warren Buffett selaku manusia keempat terkaya dunia ketika ini. Siapa sangka, dengan jumlah kekayaan yang dimiliki sekitar $89.5 bilion (~RM379.63 bilion) Warren Buffet buat pertama kalinya baru sahaja beralih ke telefon pintar iaitu sebuah iPhone.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
s-l1600
Telefon yang digunakan Warren Buffett sebelum beralih ke iPhone

Lebih mengejutkan ramai, Warren Buffett sebelum ini sekadar menggunakan telefon bimbit Samsung SCH-U320 berharga $20 (~RM85) selama hampir sedekad.

Peralihan beliau daripada telefon lama beliau kepada Samsung selepas dikatakan telefon beliau tidak lagi mampu beroperasi sekaligus memaksa beliau untuk mendapatkan sebuah telefon baharu.

Berdasarkan laporan, Warren Buffett nampaknya sekadar mendapatkan iPhone 11 meskipun beliau lebih daripada mampu untuk memiliki model iPhone yang lebih canggih iaitu iPhone 11 Pro Max.

download
Sumber: The Motley Fool

Lebih mencuit hati, apabila ditanya mengenai fungsi yang digunakan beliau pada iPhone, Warren Buffett menyatakan beliau sekadar menggunakannya sebagai sebuah fungsi sebuah telefon bimbit asas. Beliau yang berusia 89 tahun tidak berminat untuk menghabiskan masa dengan melayari Instagram serta bermain game Fortnite.

Meskipun tidak memiliki iPhone sebelum ini, difahamkan Warren Buffett memiliki saham Apple sebanyak 5.6% yang dianggarkan bernilai lebih $70 bilion.

Ikuti 12 perkara yang boleh kita pelajari daripada Warren Buffet selaku manusia keempat terkaya dunia ini.

12 Pelajaran Yang Saya Dapat Daripada Warren Buffet

82% Kekayaan Dunia Dipegang Oleh 1% Kelompok Manusia

Sumber
  • Business Insider