Sejak tujuh tahun terakhir ini, kedudukan Bill Gates dalam senarai manusia terkaya dunia tidak pernah lekang daripada nombor satu dan dua. Semuanya berubah pada Selasa lalu apabila Bernard Arnault berjaya mengambil kedudukannya sebagai manusia kedua terkaya dunia.

Buat yang tidak mengenali Bernard Arnault, beliau merupakan chairman dan CEO kepada LVMH iaitu syarikat induk kepada jenama-jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Sephora dan Fendi.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →
bernard assault

Sumber: Business Insider

Berdasarkan pengiraan terbaru, harta dan aset yang direkodkan berjumlah Bernard Arnault $107.6 bilion (RM442.21 bilion) iaitu $200 juta (822 juta) berbanding Bill Gates. Kejayaan ini diperoleh apabila pegangan saham beliau di LVMH meningkat 0.7% baru-baru ini.

Lebih hebat, beliau bersama keluarganya berjaya menjadi pemegang saham terbesar LVMH serta turut mempunyai saham sebanyak 97% pada syarikat Christian Dior.

Na-18-SEP-Bill-Gates

Sumber: thenational

Untuk pengetahuan anda, punca kedudukan Bill Gates sebagai manusia terkaya dunia menurun daripada tempat pertama sehingga kini adalah disebabkan dermawannya.

Setakat ini, beliau sudahpun menderma sebanyak $35 bilion kepada yayasan Bill & Melinda Gates. Jika tidak kerana sifat dermawannya, beliau kini masih lagi memegang takhta sebagai manusia terkaya dunia.

Anda Mungkin Suka