Jika sebelum ini dunia pernah dikejutkan dengan Spanish Flu sekitar seabad yang lalu, kini dunia sekali lagi terpaksa bergelut dengan pandemik COVID-19 yang sudah meragut lebih 5.78 juta nyawa.

Menerusi isu yang berlaku, Bill Gates selaku individu yang aktif berkongsi informasi mengenai wabak COVID-19 dan vaksin baru-baru ini tampil dengan mengeluarkan kenyataan di mana beliau menjangkakan COVID-19 bakal menjadi pandemik terakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bill Gates memaklumkannya selepas melancarkan buku terbaru beliau iaitu How to Prevent the Next Pandemic dalam membincangkan langkah yang perlu dilakukan dalam menghentikan pandemik seterusnya dalam menawarkan sistem keselamatan yang lebih baik buat seluruh dunia.

Sumber: Bloomberg

Berbincang mengenai buku yang dikarang beliau, Bill Gates memaklumkan buku tersebut turut menyertakan perbincangan beliau bersama Anthony Fauci selaku individu yang bertanggungjawab mengenai kesihatan rakyat Amerika Syarikat dan juga Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Gates mendakwa, meskipun jangkaan mengenai tiada lagi pandemik dilihat sebagai sebuah cita-cita besar, namun perkembangan yang dicapai dalam dua tahun ini termasuk dari segi vaksinasi dan ilmu pengetahuan telah meletakkan dunia dalam laluan yang betul.

Buku How to Prevent the Next Pandemic tulisan Bill Gates ini dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi pada 3 Mei 2022 dan dijangka bakal ditawarkan secara menyeluruh ke seluruh dunia.

Tular serta menjadi perbincangan netizen pada minggu ini apabila sebuah masjid di Ampang didakwa peruntuk ruang VIP pada saf hadapan sebelum tampil menjelaskan perkara sebenar.

Dakwa Peruntuk Ruang VIP Pada Saf Hadapan, Masjid Di Ampang Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup