Sebut mengenai Bill Gates, pasti ramai yang akan mengingatinya sebagai pengasas bersama Microsoft serta mantan CEO syarikat berkenaan. Dalam pada itu, beliau dilihat sangat aktif sejak pandemik ini dalam melontarkan pendapat dan jangkaan mengenai isu COVID-19 yang melanda dunia.

Di saat dunia sudah mulai sedikit lega dengan COVID-19 yang sudah dilabel sebagai endemik di beberapa buah negara, Bill Gates melalui sebuah wawancara baru-baru ini telah memaklumkan dunia bakal hadapi pandemik yang lebih dahsyat dan belum pernah dilihat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kehadiran varian yang lebih mudah tersebar dan merbahaya daripada varian Delta dan Omicron ini bakal memberi kesan besar kepada orang ramai menurut Bill Gates.

Sumber: vitality guru

Beliau turut memaklumkan tidak mahu menjadi individu yang menyampaikan berita malapetaka dan kedukaan namun risiko varian yang jauh lebih hebat untuk muncul adalah melebihi lima peratus.

“Kita masih berisiko dilanda varian yang jauh lebih mudah tersebar dan membawa lebih banyak kematian,” kata Gates.

Beliau yang menyokong suntikan dalam membantu dalam mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19 turut mencadangkan keperluang mendapatkan vaksin yang mampu bertahan dengan lebih lama dalam menangani penularan dalam tempoh yang panjang.

Untuk pengetahuan, Bill Gates pada tahun 2015 pernah meramalkan akan kehadiran sebuah wabak yang akan mengancam dunia yang dilabel sebagai super-virus. Jangkaan beliau dilihat tepat dengan adanya wabak COVID-19.

Sumber: gates notes

Beliau pada tahun ini turut melancarkan sebuah buku bertajuk How To Prevent the Next Pandemic dalam memberi pendedahan kepada orang ramai dalam mengurangkan risiko serta mengekang kehadiran pandemik seterusnya.

Kata-kata Joe Flizzow baru-baru ini telah menjadi perhatian netizen selepas melarang orang ramai memakai baju melayu bersama ‘sneakers’.

‘Kalau Jumpa, Gua Rembat Lu’ – Joe Flizzow Larang Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers

Mahu Elak Gangguan Penginapan Pelancong, Pulau Pinang Rancang Haramkan ‘Homestay’

 

Sumber