Sedar tidak sedar syarikat teknologi yang sangat dekat dengan orang ramai iaitu Microsoft kini sudah melangkah tahun ke-44 beroperasi. Menyebut mengenai syarikat ini, tidak sah untuk tidak mengulas mengenai watak paling ikonik syarikat ini iaitu Bill Gates yang pernah suatu ketika digelar manusia terkaya dunia.

Melalui sebuah wawancara baru-baru ini, Bill Gates baru-baru ini secara terbuka telah meluahkan penyesalan terbesar Microsoft. Kenyataan yang dibuat Bill Gates ini telah mengejutkan ramai setelah beliau dilihat sudah lama diam mengenai hala tuju Microsoft selepas melepaskan jawatan pengurus syarikat tersebut pada 2014.

20190625132306-Billgates (1)
Sumber: Entrepreneur

Menurut beliau, penyesalahan atau kesalahan terbesar Microsoft dan dirinya adalah tidak bersungguh-sungguh mendapatkan platform Android sebelum disambar oleh Google. Untuk pengetahuan, Android merupakan sebuah syarikat kecil yang menawarkan sistem operasi secara perisian terbuka.

Kegagalan Microsoft untuk tidak mendapatkan Android atau membangunkan platform seumpama Android sekaligus membuatkan mereka hilang peluang untuk menguasai bisnes bernilai $400 bilion (~RM1.66 trilion) melihatkan nilai Android ketika ini.

Menurutnya, berdasarkan modal besar yang dimiliki Microsoft, peluang Microsoft untuk mendapatkan Android serta menjadi pencabar terdekat Apple adalah sangat besar.

windows-10-phone-support-ends-e1547923001886
Sumber: fortune

Kenyataan yang dibuat ini sekaligus membuatkan orang ramai berbincang mengenai kegagalan Windows Phone yang tidak mampu menarik perhatian ramai untuk menggunakannya.

Untuk pengetahuan, Bill Gates kini berada di tangga manusia ketiga terkaya dunia selepas menderma lebih $35 bilion kepada yayasan Bill & Melinda Gates.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bill Gates, kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan menenai individu ikonik ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bill Gates Bukan Lagi Manusia Kedua Terkaya Dunia

7 Tahun Selepas Dilancarkan, Bill Gates Secara Rasminya Sertai WeChat