Sebut mengenai Bill Gates pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya mengekalkan kedudukan sebagai manusia terkaya dunia sebelum dipintas oleh Jeff Bezos antara pencapaian yang diingati ramai mengenai beliau.

Pernah menjadi manusia terkaya dunia melalui syarikat Microsoft, Bill Gates selaku pengasas syarikat ini telah mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai daripada lembaga pengarah Microsoft selepas melepaskan jawatan CEO pada tahun 2014.

FRANCE-HEALTH-FUNDING
Sumber: TIME

Di sebalik pemilihan beliau untuk meletak jawatan, Bill Gates turut menyatakan hasratnya untuk membelanjakan sebahagian daripada hartanya kepada kerja kebajikan dimana salah satu daripadanya adalah di bawah yayasan beliau iaitu Bill and Melinda Gates Foundation.

Sikap dermawannya itu juga dilaporkan merupakan punca mengapa beliau bukan lagi manusia terkaya dunia. Setakat ini, beliau sudahpun menderma lebih $35 bilion kepada yayasan Bill & Melinda Gates. Terbaharu, beliau bersama rakan pasukan serta berusaha keras dalam mencari rawatan bagi wabak coronavirus. 

03132020_bill-gates_144648-1560×1022
Sumber: The Seattle Times

Semoga usaha Bill Gates dalam melestarikan negara dunia ketiga serta berkongsi kekayaan beliau bersama yang memerlukan membuahkan hasil. Tahniah buat Bill Gates di atas pencapaian beliau sepanjang hidup.

Meskipun pernah digelar manusia terkaya dunia, beliau juga tidak terlepas daripada kesilapan yang melibatkan RM1.66 trilion.

Bill Gates Kongsi Penyesalan Terbesar Dirinya Bernilai RM1.66 Trilion

Bill Gates Bukan Lagi Manusia Kedua Terkaya Dunia

 

Sumber