Pengasas Microsoft, Bill Gates sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila menyebut bahawa risiko simptom COVID-19 yang teruk sudah mula menurun, namun dia memberi amaran bahawa lambat laun wabak lain pula yang akan muncul, lapor India Times.

Dia yang juga pengerusi Yayasan Bill & Melinda Gates, berkata potensi wabak baharu ini mungkin datang daripada patogen yang berbeza, tetapi masih daripada keluarga coronavirus, “Kita akan mengalami satu lagi wabak. Ia akan menjadi patogen yang berbeza di lain masa,” kata Gates.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, tambah beliau, seiring dengan kemajuan teknologi khususnya dalam bidang perubatan, kemampuan manusia untuk menangani wabak menjadi semakin baik, lebih-lebih lagi jika mereka bersiap sedia mulai sekarang.

“Dua tahun selepas wabak koronavirus merebak dan menjangkiti sebahagian besar manusia di seluruh dunia, kesan paling teruk virus itu telah berkurangan secara global apabila orang ramai telah memperoleh beberapa tahap imuniti. Keparahan gejala korona juga terus menurun, ini dapat dilihat dari varian Omicron,” jelasnya pada Persidangan Keselamatan Munich.

Apa yang menariknya menurut Gates adalah di beberapa wilayah, imuniti itu diperoleh daripada wabak COVID-19 itu sendiri. Iaitu, terdapat ramai orang yang telah dijangkiti wabak ini dan pulih, jadi mereka mencipta imuniti terhadap SARS-CoV-2.

Ini kata Bill Gates apabila disoal bilakah COVID-19 akan berakhir walaupun adanya varian Omicron. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ini Kata Bill Gates Apabila Disoal Bilakah COVID-19 Akan Berakhir Walaupun Adanya Varian Omicron

‘Ini Adalah Tragedi Yang Luar Biasa’ – Ini Ramalan Terbaharu Bill Gates Mengenai COVID-19

Puteri Bill Gates Langsungkan Akad Nikah Secara Islam Dengan Pemuda Mesir Dalam Majlis Bernilai RM8 Juta