Sebut mengenai Bill Gates pasti ramai yang mengenalinya sebagai individu yang membangunkan Microsoft. Walau bagaimanapun, sejak pandemik tiba, Bill Gates dilihat sangat sibuk membincangkan soal vaksin sejak wabak COVID-19 mulai menyerang dunia.

Beliau yang sebelum ini pernah mendakwa kes COVID-19 dijangka meningkat pada akhir tahun baru-baru ini tampil lagi sebuah dakwaan mengatakan kesemua vaksin dijangka selamat dan efisien untuk digunakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Moderna-Covid-19-vaccine-bottles-illustration-pixbyDadoRuvic_20201118042133_reuters
Sumber: The Edge Markets

Pengumuman yang dibuat menerusi temu ramah bersama CNN ini merujuk kepada vaksin keluaran Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Novavax.

Dalam pada itu, beliau masih lagi risau dengan penyebaran wabak ini menjelang bulan mendatang sehingga Februari di mana dijangka lebih 2,000 kematian bakal direkodkan setiap hari di Amerika Syarikat sewaktu musim sejuk.

Bill Gates juga sebelum ini pernah memaklumkan beliau menjangkakan wabak COVID-19 tidak akan berakhir sehingga 2022 di mana orang ramai perlu bersedia untuk melalui hidup dengan lebih panjang dalam usaha memutuskan rantaian wabak ini.

bill-gates
Sumber: Digital information world

Setakat ini, yayasan Bill and Melinda Gates sudah mendermakan sebanyak $350 juta (~RM1.4 bilion) dalam usaha membantu individu yang terkesan dengan wabak COVID-19 dan juga penghasilan vaksin wabak yang menjadi pandemik ini.

Sebelum ini Bill Gates pernah mengumumkan vaksin keluaran beliau bakal dilancarkan seawal tahun hadapan.

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi

Bill Gates Letak Jawatan Lembaga Pengarah Microsoft Untuk Fokus Dengan Kerja Kebajikan

Bill Gates Kongsi Penyesalan Terbesar Dirinya Bernilai RM1.66 Trilion

Sumber