Penulis buku kontroversi “Billion Dollar Whale”, Tom Wright baru-baru ini telah mengesahkan pengeluaran buku tersebut edisi Bahasa Melayu akan tersedia di pasaran bermula bulan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan daripada edisi sebelumnya, edisi Bahasa Melayu ini dipercayai akan menarik lebih ramai pembaca tempatan yang pastinya ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya kepada dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pembaca boleh mula menempah buku edisi Bahasa Melayu ini menerusi pra-tempah di laman web Bookcafe dengan harga promosi.