Sekiranya ada anugerah ‘Boss Terbaik Tahun 2015’, maka Li Jinyuan mungkin akan memenanginya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengerusi syarikat Tiens Group telah membawa 6400 atau separuh daripada kakitangannya yang berjumlah 12000 orang ke percutian di Paris dan Selatan Perancis pada hari Selasa 5 Mei 2015.

Lawatan itu dianjurkan bersempena dengan ulang tahun syarikat yang ke-20 dan ia bukannya sebuah percutian bajet.

Menurut International Business Times, Li telah menempah 140 buah hotel di Paris dan mengatur lawatan ke tempat-tempat di sekitar Paris seperti Lourve dan Menara Eiffel.

Beliau juga menempah 7,600 tempat duduk di kereta api berkelajuan tinggi terkenal Perancis, TGV, untuk membawa kumpulan pelancong ini dari Paris ke selatan Perancis di mana mereka akan menetap di hotel empat dan lima bintang.

BBC melaporkan kumpulan ini dijangka akan membelanjakan €13,000,000 (RM52 juta) dalam seluruh percutian mereka.

Mereka juga sempat mencipta rekod baru dunia.

Pada hari Jumaat (8 Mei), pemeriksa dari Guinness World Records mengesahkan yang kumpulan ini berjaya mencipta rekod dunia melalui ‘frasa perbarisan manusia’ yang terpanjang di dunia di Promenade des Anglais di Nice.

Perbarisan ini menulis “Tiens’ dream is Nice in the Cote d’Azur”.

Siapa Li Jinyuan?

Menurut Forbes, Li Jinyuan adalah orang ke-24 terkaya di China. Beliau mengasaskan kumpulan Tiens pada tahun 1995 sebagai sebuah syarikat yang menjual produk penjagaan kesihatan.

Ia kini telah mengembangkan perniagaannya dalam sektor bio-teknologi, pendidikan, runcit dan pelancongan di lebih 190 buah negara.

Beliau adalah seorang dermawan, dan aktif menderma kepada persatuan-persatuan kebajikan di China, termasuk AS$100 juta (RM350 juta) untuk menubuhkan Tianshi College di China.

Pekerja-pekerjanya mesti gembira dengan ketua mereka yang murah hati.

Sumber: TNP

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram