Bagi sesiapa yang membesar pada tahun 1970an, Kamen Rider sudah pasti menjadi salah satu siri televisyen superhero dambaan ramai. Sehingga kini terdapat hampir seratus jenis Kamen Rider yang ditayangkan pada televisyen sejak dahulu lagi.

Terbaharu pengeluar topi keledar dari Thailand, Bilmola memperlihatkan topi keledar model khas edisi Kamen Rider bersempena ulang tahun ke-50 siri televisyen itu.

Sumber Gambar: Facebook Bilmola
Sumber Gambar: Facebook Bilmola

Bilmola menawarkan 6 pilihan grafik dan warna yang diilhamkan daripada beberapa watak superhero itu seperti Kamen Rider Ichigo, Kamen Rider Stronger, Kamen Rider Amazon, Kamen Rider X dan watak sokongan antagonis, Shocker Combatmen.

Topi keledar ini menggunakan material Shock Resistant Thermoplastic (SRT) serta polikarbonat dan dilengkapi sokongan anti-kabus, ruang meletakkan cermin mata, boleh dipadankan dengan peranti bluetooth dan tali dagu ‘stepping lock‘ bebas karat.

Hadir dalam empat pilihan saiz (S, M, L dan XL), topi keledar seberat 1,400 gram ini ditawarkan pada harga bermula THB 2,490 (RM316.25) dan boleh didapati di semua pengedar topi keledar Bilmola di Thailand.