Aplikasi ChatGPT telah menarik perhatian ramai kerana kebijaksanaannya menyelesaikan persoalan yang dilontarkan serta kebolehan menyediakan karangan yang lengkap. Bagaimanapun, sudah banyak pihak yang mengesan penyalahgunaan aplikasi ini termasuklah untuk tugasan sekolah.

Ekoran isu itu, pelajar yang menuntut di wilayah New South Wales, Australia bakal dihalang akses ke aplikasi kecerdasan buatan seperti ChatGPT sewaktu di sekolah. Dengan ini, NSW menjadi wilayah pertama di Australia yang menyekat askes kepada aplikasi pada peranti pelajar sewaktu sesi pembelajaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Columbian

Langkah drastik ini diambil kerana ChatGPT dilihat dapat membantu pelajar dalam menipu tugasan kerana mampu menghasilkan penulisan seperti manusia berdasarkan arahan yang diberikan.

Perubahan ini bakal berlaku pada bulan ini dan pihak atasan sedang mengkaji bagaimana cara berkesan dalam penggunaan teknologi baharu ini sewaktu di kelas. Panduan bakal diberikan kepada guru-guru agar setiap pelajar mematuhi peraturan dan beretika dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Selain Australia, Jabatan Pendidikan New York City di Amerika Syarikat turut melaksanakan larangan terhadap ChatGPT. Tidak hanya berlaku di peringkat sekolah, bahkan isu ini telah dikesan turut terjadi di peringkat universiti.

Oleh itu, beberapa universiti mula beralih ke arah penyeliaan secara bersua muka atau fizikal dan juga peningkatan penilaian kertas pada tahun ini. Dalam pada itu, pihak pembangun ChatGPT juga sudah mula mengenakan caj sebanyak $42 (~RM179.99) untuk kegunaan profesional sekaligus dapat mengawal penyalah gunaan aplikasi dengan lebih efektif.