Pada hari semalam, tular dua keping gambar Haqiem Stopa bersama polis dan surat samannya selepas ditahan melakukan kesalahan memandu tanpa lesen memandu yang sah.

“Saya akui kesalahan dibuat, jadi kena tanggung akibatnya,” kata influencer kontroversi TikTok yang mengakui dia ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya kepada Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia menafikan disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal sebaliknya ditahan ketika memandu kereta, satu notis saman bernilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya.

Sumber Gambar: Facebook

“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.

“Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.

“Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber Gambar: Facebook

Namun apa yang membuatkan Haqiem berasa kesal dan curiga apabila ada individu mula menyebarkan gambar dengan notis saman tertera butiran peribadinya.

“Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu.

“Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.

“Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.

“Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan,” katanya.

@haqiemstopa_starlive_oe

Dua situasi sama ada terpaksa atau rela ?aku pilih rela ✨🤙🏻👇🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiemstopa

Tambahnya lagi, dia cuba merahsiakan hal itu daripada ibu bapanya dan hanya adik-beradiknya sahaja tahu mengenai kes berkenaan setakat kelmarin.

“Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jenayah berat seperti dadah.

“Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.

“Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti.

“Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana,” katanya.

Pada masa sama apabila Harian Metro menanyakan mengenai status ‘Ikon Permotoran Tanah Air’ yang menjadi pertikaian netizen, Haqiem menyatakan dia sudah banyak kali menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan orang ramai.

“Banyak kali sudah saya beritahu yang gelaran itu bukan dapat secara rasmi tetapi orang tak faham.

“Apa boleh buat, cuma saya berharap netizen dapatkan berita betul sebelum percaya bulat-bulat kerana kesilapan penyampaian cerita boleh rosakkan reputasi seseorang,” katanya.

Sebelum ini tular berita mengenai Haqiem Stopa disaman kerana tiada lesen memandu di kawasan ibu kota. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ketua Polis KL Sahkan ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ Disaman Tiada Lesen Memandu

‘Ini Inisiatif Jelajah Anti Buli’ – Penganjur Respon Dakwaan Bawa Individu Tidak Sesuai Ke Sekolah

Netizen Pertikai YB Senator Gelar Influencer TikTok Ini Sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’

Sumber