Berita kerajaan bakal melaksanakan rang undang-undang Generation End Game (GEG) sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai. Undang-undang itu merupakan satu akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007.

Namun, rang undang-undang itu mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa ‘pihak industri’ menyuarakan kebimbangan mereka terhadap ekonomi negara andaikata akta tersebut dikuatkuasakan pada masa akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Datametrics Research and Information Centre Sdn Bhd (DARE), ia umpama satu ‘hukuman berat’ dan sukar untuk dikuatkuasakan yang bakal mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan, kesan sosial yang teruk kepada kumpulan berpendapatan rendah dan berpotensi menjejaskan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan ekoran undang-undang yang ketat.

Pendapat DARE turut disokong oleh Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), di mana akta itu akan memberi cabaran serta kemudaratan daripada kebaikan kepada pengguna dan perniagaan yang sah sepertinya. Pemilik restoran pada masa ini sedang bergelut dengan beberapa kesusahan berikutan pandemik, kenaikan harga barang dan kekurangan pekerja.

Dewan Perniagaan Cina Langkawi (DPCL) turut meluahkan kebimbangan yang sama kerana jika rang undang-undang itu diluluskan, ia boleh menjejaskan pendapatan peniaga yang berpaksikan industri pelancongan. Kerugian akan meningkat apabila kedatangan pelanggan berkurangan, serta peniaga kehilangan jualan ‘produk terpilih’.

Bagi Malaysian Vapers Alliance (MVA) pula, pelaksanaan akta itu boleh mewujudkan pasaran gelap; dengan penjenayah mengambil tempat kedai dan pasar raya dan melangkah masuk untuk memenuhi permintaan dan menyediakan bahan yang diingini.

Satu lagi pertubuhan, MALAYSIA Retail Electronic Cigarette Association (MRECA)   menyarankan kerajaan mengambil langkah membezakan vape dan rokok terlebih dahulu seperti  New Zealand dan United Kingdom, di mana peraturan dan tafsiran untuk vape adalah berbeza dengan rokok; mengurangkan kemudaratan merokok dengan menjadikan vape sebagai alat berhenti merokok.

Terdahulu, Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok (GEG) bakal melarang sesiapa yang lahir dari 1 Januari 2007 daripada membeli, menghisap sebarang produk tembakau atau produk tembakau pengganti; menggunakan sebarang peranti merokok; atau memiliki apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk tembakau pengganti, atau peranti merokok.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan tembakau, rokok dan vape yang pernah kami siarkan sebelum ini melalui beberapa pautan di bawah.

Isu Rokok Seludup Dijangka Akan Bertambah Teruk Akibat Pandemik COVID-19

Kajian Menunjukkan Vape Merosakkan Paru-Paru, Tetapi Lebih ‘Selamat’ Daripada Rokok

Apple Haramkan Aplikasi Melibatkan ‘Vape’ Pada App Store