Pada minggu lalu, suasana Shanghai Auto Show menjadi kecoh apabila seorang wanita membuat protes dengan memijak kereta pameran Tesla kerana kejadian kemalangan yang berlaku kepada ahli keluarganya.

Ekoran isu protes yang tular di seluruh dunia, Tesla telah tampil memohon maaf setelah didesak oleh kerajaan China kerana tidak mengendahkan masalah yang dihadapi oleh pemilik Tesla negara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, beberapa pemilik Tesla berkongsi rakaman video di media sosial mengenai mereka telah ditahan oleh anggota polis daripada menggunakan lebuh raya atas faktor keselamatan di Guangzhou, China.

Difahamkan pihak penguat kuasa berbuat sedemikian kerana terdapat satu kemalangan melibatkan kereta Tesla yang telah menyebabkan seorang penumpang maut seperti yang dilaporkan oleh Global News.

Nampaknya Tesla menghadapi tekanan sepenuhnya daripada kerajaan China. Tidak dapat dipastikan sampai bila ‘arahan’ ini akan terus berkuat kuasa.

Jika keadaan ini berterusan, terdapat kemungkinan Tesla bakal ‘terkeluar’ terus daripada pasaran negara tersebut.

Setelah didesak oleh pihak pengawal selia di Zhengzhou, Tesla akhirnya akur untuk dedahkan log data kenderaan mangsa kemalangan.

Selepas Video Wanita Protes Tular, Tesla Dedahkan Log Data Kereta Mangsa Kemalangan

Berang Isu Brek Kereta Tesla, Wanita Ini ‘Protes’ Semasa Acara Automotif Berlangsung

Sumber